Baru-baru ini realme telah mengesahkan realme V15 akan dilancarkan pada 7 Januari 2021. Bukan lagi rahsia, realme telah mendedahkan rekaan peranti ini yang hadir dengan panel belakang berinspirasikan ikan Koi. Terbaru, Naib Presiden realme iaitu Xu Qi Chase telah mengesahkan pengecas pantas 65W akan disertakan dalam kotak pembelian realme V15 dan tidak akan dibungkus secara…
Pengarang: Amalina Athman
Celcom Tawar Pas Internet RM20/Sebulan Dengan Pakej Data 15GB
Celcom kini menawarkan pas internet RM20/sebulan dengan pakej data internet pantas sebanyak 15GB. Pas internet ini dikhususkan untuk pelajar SPM dan STPM yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Dari segi langganan, hanya pelanggan prabayar Xpax yang lahir dari tahun 2001 hingga 2004 layak untuk melanggan pas internet berkelajuan tinggi ini. Sementara itu, tempoh tawaran adalah…
Apple Patenkan MacBook Yang Boleh Mengecas iPhone dan Apple Watch Tanpa Wayar
Apple kini dilaporkan telah memfailkan paten yang membolehkan MacBook dan iPad mempunyai keupayaan untuk mengecas peranti lain secara tanpa wayar. Menerusi paten tersebut, ia menggariskan bagaimana peranti Apple termasuk Apple Watch, iPhone, iPad dan MacBook boleh menggunakan ekosistem pengecasan tanpa wayar. Imej paten berkenaan menunjukkan kedudukan gegelung (coil) pengecasan induktif yang berbeza untuk pelbagai peranti…
Tiada Kemaskini Aplikasi Google Di App Store Sejak Apple Perkenal Label Privasi Baru
Pada bulan lalu, Apple telah memperkenalkan label privasi baru di App Store bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui jenis data yang dikumpulkan oleh pembangun aplikasi dan jika data tersebut digunakan untuk menjejak mereka. Berikutan itu, bermula 8 Disember 2020, pembangun diminta memberikan maklumat tersebut kepada Apple ketika menyerahkan aplikasi baru atau kemas kini aplikasi. Terbaru, Google…
8 Aplikasi Dari China Bakal Disekat Di A.S, Termasuk Alipay Dan SHAREit
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini menandatangani perintah eksekutif yang melarang transaksi dengan lapan aplikasi dari China, termasuk Alipay (Ant Group). Tindakan ini dilihat meningkatkan lagi ketegangan dengan Beijing sebelum Presiden Joe Biden mengambil alih jawatan tersebut pada bulan ini. Antara aplikasi lain yang tersenarai termasuk SHAREit, CamScanner, QQ Wallet, Tencent QQ, VMate, WeChat Pay,…
Guna Aplikasi MyPublicInfoBanjir Untuk Mengetahui Maklumat Terkini Banjir
Sepanjang tempoh musim tengkujuh yang melanda negeri di Semenanjung Malaysia ketika ini, beberapa kawasan di Pantai Timur dan Selatan telah dilanda banjir akibat hujan lebat yang berterusan. Berikutan itu, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir bagi memudahkan perancangan perjalanan dan mengetahui situasi terkini keadaan banjir terutamanya ketika musim tengkujuh. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar…
