Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alipay SHAREit

8 Aplikasi Dari China Bakal Disekat Di A.S, Termasuk Alipay Dan SHAREit

Diterbitkan Januari 6, 2021 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini menandatangani perintah eksekutif yang melarang transaksi dengan lapan aplikasi dari China, termasuk Alipay (Ant Group). Tindakan ini dilihat meningkatkan lagi ketegangan dengan Beijing sebelum Presiden Joe Biden mengambil alih jawatan tersebut pada bulan ini.

Antara aplikasi lain yang tersenarai termasuk SHAREit, CamScanner, QQ Wallet, Tencent QQ, VMate, WeChat Pay, dan WPS Office.

Memetik laporan Reuters, Jabatan Perdagangan diberi masa 45 hari untuk mengambil tindakan di atas perintah larangan transaksi tersebut. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan berlaku kesukaran pada peringkat mahkamah nanti. Terdahulu, larangan transaksi WeChat dan TikTok juga telah ditolak oleh hakim persekutuan.

Dalam pada itu, Setiausaha Perdagangan A.S. Wilbur Ross dalam satu kenyataan menyatakan sokongan terhadap tindakan Trump untuk melindungi privasi dan keselamatan orang Amerika dari ancaman yang ditimbulkan oleh kerajaan China.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY