Perbankan dalam talian, CIMB Clicks kini dilaporkan sedang menghadapi masalah bagi perkhidmatan Instant Transfer (IBFT). Menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata pengguna di media sosial menyatakan perkhidmatan tersebut tidak dapat diakses sejak beberapa hari lalu. Pihak CIMB juga telah mengesahkan mengenai isu tersebut dan menyatakan trafik yang tinggi menyebabkan perkhidmatan IBFT tergendala buat sementara waktu. Sebagai…
Pengarang: Amalina Athman
iOS 14.4 Sedia Dikemaskini – Hadir Dengan Ciri Amaran Kamera Tidak Asli Dan Baik Pulih Pepijat
Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS dan iPadOS 14.4. Menerusi kemas kini terbaru, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan dan baik pulih pepijat. iOS 14.4 membolehkan kamera mengimbas dan mengesan kod QR yang lebih kecil. Selain itu, terdapat pilihan di bahagian Bluetooth untuk menentukan jenis peranti yang disambungkan. Apple juga telah memuatkan ciri notifikasi…
Kemaskini iOS 14.4 Dilepaskan Dengan Baik Pulih Kerentanan Yang Mungkin Dieksploitasi Secara Aktif
Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS 14.4 dan iPadOS 14.4, dengan baik pulih keselamatan bagi kerentanan yang mungkin dieksploitasi secara aktif oleh penggodam. Di bawah kemas kini Kernel (teras bagi sistem operasi) dalam dokumen sokongan keselamatan, Apple menyatakan, “A malicious application may be able to elevate privileges. Apple is aware of a report…
Kerentanan Pada Aplikasi TikTok Membolehkan Maklumat Peribadi Pengguna Terdedah
Menurut laporan daripada penyelidik keselamatan di Check Point, kerentanan yang dikesan pada aplikasi perkongsian video popular, TikTok membolehkan maklumat peribadi pengguna termasuk nombor telefon dan tetapan profil didedahkan. Dengan maklumat tersebut, ia boleh digunakan untuk memanipulasi butiran akaun pengguna dan membina pangkalan data pengguna TikTok untuk aktiviti yang berniat jahat. Kerentanan keselamatan itu telah dijumpai…
PDRM: Tiada Laporan Laman Web Kerajaan Digodam Setakat Ini
Seperti yang dilaporkan pada awal pagi ini, sekumpulan penggodam yang digelar sebagai Anonymous Malaysia telah kembali dan memberi amaran untuk melakukan serangan siber terhadap laman web kerajaan serta aset dalam talian yang dipanggil #OpsWakeUp21. Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan notis amaran telah dikeluarkan kepada semua agensi kerajaan agar…
Friendster Pernah Tolak Tawaran Google Untuk Dibeli Pada Nilai USD30 Juta
Friendster merupakan pelopor rangkaian sosial yang telah diasaskan oleh Jonathan Abrams dan dilancarkan pada Mac 2003, iaitu sebelum wujudnya Facebook serta rangkaian sosial media yang lain. Abrams menerusi satu podcast menjelaskan bagaimana beliau mendapat idea untuk membangunkan Friendster dengan memikirkan cara berbeza untuk menggunakan internet, di mana seseorang boleh menggunakan nama, gambar serta identiti sosial…
