Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: Amalina Athman

Pemberian Kredit eWallet Di Bawah Program eBelia Ditingkatkan Kepada RM150

Pemberian Kredit eWallet Di Bawah Program eBelia Ditingkatkan Kepada RM150

Pada Belanjawan 2021 yang diumumkan awal November tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun eWallet golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun, secara one-off melalui program eBelia. Ia kemudiannya ditingkatkan daripada RM50 kepada RM100 seorang serta diperluaskan kepada 1.1 juta mahasiswa di IPTA dan IPTS. Melalui pengumuman khas PEMERKASA hari…

Subsidi RM300 Telefon

Kerajaan Umum Subsidi RM300 Bagi Pembelian Telefon Pintar Atau Peranti Baru

Semasa Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada internet, merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara. Melalui Belanjawan 2021 juga, kerajaan mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada semua penerima BPR. Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pengumuman khas PEMERKASA hari…

China Amerika

Lebih Banyak Syarikat China Dijangka Failkan Saman Berhubung Sekatan Pelaburan Amerika

Baru-baru ini, keputusan telah berpihak kepada Xiaomi berhubung kes mahkamah yang berkaitan sekatan pelaburan Amerika Syarikat (A.S). Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, mahkamah telah memberikan perintah awal bagi pelepasan injunksi dan menghapuskan larangan pelaburan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika terhadap Xiaomi dengan serta-merta. Terbaru, syarikat-syarikat berpangkalan di China yang turut menjadi sasaran larangan pelaburan A.S kini…

Nearby Share Google

Nearby Share Bakal Hadir Dengan Ciri Perkongsian Fail Secara Berkumpulan Pada Satu-Satu Masa

Pada Ogos tahun lepas, Google telah memperkenalkan Nearby Share yang membolehkan perkongsian secara terus di antara mana-mana peranti yang menjalankan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas. Berfungsi seakan Apple AirDrop, ia membolehkan pengguna Android berkongsi fail, pautan dan gambar dengan lebih mudah dan pantas. Ia merupakan ciri terbina yang tidak memerlukan pemasangan aplikasi. Memetik laporan…

Galaxy Note 2021

Mungkin Tiada Galaxy Note Akan Dilancarkan Untuk Tahun Ini – Samsung

Umum mengetahui, Samsung kebiasaannya akan memperkenalkan siri Galaxy Note pada separuh kedua setiap tahun. Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Samsung, Dong-Jin (DJ) Koh kini mendedahkan syarikat itu mungkin tidak akan melancarkan siri Galaxy Note baharu untuk tahun ini, berikutan kekurangan bekalan cip. Pada Januari lepas, Samsung telah mengumumkan peranti andalan Galaxy S21, Galaxy S21+ dan…

Huawei leica

Huawei Akan Meminta Royalti Daripada Apple Dan Samsung Untuk Akses Teknologi 5G

Huawei Technologies Co. (Huawei) kini dilaporkan akan mula berunding untuk mendapatkan royalti daripada Apple dan Samsung bagi akses kepada portfolio paten teknologi 5G yang dimiliki oleh mereka. Menurut laporan Bloomberg, pemilik portfolio paten 5G terbesar di dunia itu akan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada syarikat teknologi besar. Ia sekali gus dapat mewujudkan sumber pendapatan baru…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 745
  • 746
  • 747
  • 748
  • 749
  • 750
  • 751
  • …
  • 978
  • Next
©2026 WISER.MY