Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT_1

Didakwa Menipu Markah Penanda Aras, realme GT Dibuang Dari Senarai AnTuTu

Diterbitkan Mac 17, 2021 ยท Dikemas kini Mac 17, 2021 oleh Amalina Athman

Isu penipuan dalam kalangan syarikat telefon pintar bagi mendapatkan pemarkahan penanda aras yang tinggi bukanlah perkara baharu. Terbaru, AnTuTu kini mendakwa realme telah menipu markah penanda aras bagi peranti andalan realme GT.

AnTuTu menjelaskan realme GT telah memperoleh skor sekitar 750,000 dalam ujian AnTuTu v8. Dengan markah tersebut, ianya adalah jauh lebih tinggi berbanding telefon pintar dengan janaan cip Snapdragon 888 yang ada di pasaran ketika ini.

Bagaimanapun, ketika mereka melakukan analisis lebih lanjut semasa proses pengujian, ia mendapati bahawa skor yang diperoleh melalui realme GT bukan dari prestasi sebenar tetapi melalui cara lain.

Dalam erti kata lain, realme didapati telah melakukan pengubahsuaian tersendiri bagi mendapatkan markah yang tinggi dalam ujian penanda aras AnTuTu.

Didakwa Menipu Markah Penanda Aras, realme GT Dibuang Dari Senarai AnTuTu

Sebagai tambahan, realme GT juga telah mengubah gambar rujukan JPG yang digunakan oleh AnTuTu. Berbanding memproses/nyahkod gambar asal, ia hanya menggunakan blok-blok warna untuk mengurangkan kualiti imej dan sekali gus mengurangkan masa pemprosesan.

realme GT AnTuTu

Berikutan itu, pihak AnTuTu telah mengeluarkan realme GT dalam senarainya selama tiga bulan. Selepas tempoh tersebut, peranti itu akan dimasukkan semula sekiranya realme memperbetulkan semula pengubahsuaian tersebut. Jika tidak, peranti itu akan dikeluarkan secara kekal.

Sebagai respon, Naib Presiden realme iaitu Xu Qi Chase mengatakan skor yang diterima adalah berdasarkan data sebenar yang dijalankan di bawah versi semasa.

realme GT AnTuTu

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan semua peranti realme selepas ini (untuk pasaran China) tidak akan lagi mengumumkan skor AnTuTu.

Sumber: 1, 2, 3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY