Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk POCO X3 Pro

Semalam, POCO telah pun mengesahkan sebuah telefon pintar terbaru akan dilancarkan untuk pasaran global pada 22 Mac 2021. Berikutan itu, terdapat spekulasi mengatakan POCO X3 Pro adalah peranti yang akan diperkenalkan pada acara tersebut.

Terbaru, harga POCO X3 Pro didakwa telah tertiris yang memperlihatkan peranti ini hadir dengan dua pilihan memori iaitu 6GB+128GB serta 8GB+256GB.

https://twitter.com/yabhishekhd/status/1371643915502112768

Melalui senarai harga yang dimuat naik, POCO X3 Pro bagi varian 6GB RAM dan 128GB storan akan ditawarkan pada harga sekitar €269 (~RM1319). Sementara itu, versi 8GB RAM dan 256GB storan pula berharga €319 (~RM1565).

Selain harga, ia juga memperlihatkan POCO X3 Pro akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Metal Bronze, Phantom Black dan Frost Blue.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan jika harga yang tertiris adalah tepat. Juga, belum diketahui jika benar POCO X3 Pro yang akan diperkenalkan pada acara tersebut. Untuk lebih lanjut, nantikan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 22 Mac 2021, jam 8.00 malam.

Sumber: Abhishek Yadav