Umum mengetahui, Samsung kebiasaannya akan memperkenalkan siri Galaxy Note pada separuh kedua setiap tahun. Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Samsung, Dong-Jin (DJ) Koh kini mendedahkan syarikat itu mungkin tidak akan melancarkan siri Galaxy Note baharu untuk tahun ini, berikutan kekurangan bekalan cip.
Pada Januari lepas, Samsung telah mengumumkan peranti andalan Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Bagi S21 Ultra, ia merupakan peranti pertama dalam siri-S yang hadir dengan sokongan stylus S-Pen.
Menurut DJ Koh, memandangkan siri Note diletakkan sebagai model kelas premium bagi portfolio perniagaan mereka, ia mungkin menjadi tekanan untuk melancarkan dua model peranti andalan dalam masa setahun. Dengan itu, siri Galaxy Note dilihat agak sukar untuk dilancarkan pada separuh kedua 2021.
Dalam pada itu, DJ Koh mengatakan waktu pelancaran mungkin berubah, namun Galaxy Note dijangka akan kembali dilancarkan pada tahun 2022.
Sumber: Bloomberg