Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei leica

Huawei Akan Meminta Royalti Daripada Apple Dan Samsung Untuk Akses Teknologi 5G

Diterbitkan Mac 17, 2021 oleh Amalina Athman

Huawei Technologies Co. (Huawei) kini dilaporkan akan mula berunding untuk mendapatkan royalti daripada Apple dan Samsung bagi akses kepada portfolio paten teknologi 5G yang dimiliki oleh mereka.

Menurut laporan Bloomberg, pemilik portfolio paten 5G terbesar di dunia itu akan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada syarikat teknologi besar. Ia sekali gus dapat mewujudkan sumber pendapatan baru syarikat itu.

Ketua Pegawai Undang-Undang Huawei, Song Liuping menjelaskan pihaknya akan berunding kadar royalti dan kemungkinan membuat perjanjian perlesenan-silang bersama Apple dan Samsung.

Pihaknya turut mengatakan mereka akan mengenakan bayaran yang lebih rendah berbanding pesaing seperti Qualcomm, Ericson dan Nokia.

Huawei dijangka akan mengenakan royalti yang fleksibel dengan had $2.50 berbanding Qualcomm yang mengenakan kadar $7.50 untuk setiap telefon 5G.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY