Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Amerika

Lebih Banyak Syarikat China Dijangka Failkan Saman Berhubung Sekatan Pelaburan Amerika

Diterbitkan Mac 17, 2021 · Dikemas kini Mac 17, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, keputusan telah berpihak kepada Xiaomi berhubung kes mahkamah yang berkaitan sekatan pelaburan Amerika Syarikat (A.S).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, mahkamah telah memberikan perintah awal bagi pelepasan injunksi dan menghapuskan larangan pelaburan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika terhadap Xiaomi dengan serta-merta.

Terbaru, syarikat-syarikat berpangkalan di China yang turut menjadi sasaran larangan pelaburan A.S kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman kepada kerajaan A.S.

Memetik laporan Reuters, beberapa syarikat China dalam perbincangan bersama firma guaman termasuk Steptoe & Johnson dan Hogan Lovells. Syarikat-syarikat ini dijangka akan memfailkan saman bagi mencabar sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tiada maklumat lebih lanjut mengenai syarikat yang terlibat dalam perbincangan berkenaan.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY