Pada September tahun lepas, POCO telah melancarkan POCO X3 NFC untuk pasaran global. Baru-baru ini, terdapat laporan yang mendedahkan kewujudan POCO X3 Pro. Terkini, POCO X3 Pro dilaporkan telah menerima beberapa pengesahan termasuk SIRIM. Selain SIRIM, peranti ini turut menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Ekonomi Eurasia (EEC) di Rusia, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) di Amerika Syarikat…
Pengarang: Amalina Athman
Xiaomi Paten Teknologi Yang Boleh Mengesan Bateri Kembung
Sebelum popularnya bateri terbina beberapa tahun lalu, antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna adalah bateri yang cepat kembung. Selain usia bateri yang sudah lama, ia juga menunjukkan risiko bateri. Terbaru, Xiaomi dilaporkan pernah memohon paten pada 20 Januari 2017. Bagaimanapun, hanya selepas 4 tahun baru lah paten tersebut diluluskan pada tarikh 9 Februari 2021….
Mi 11 Melepasi Ujian Ketahanan, Terbukti Lebih Tahan Lasak
Beberapa hari lepas, Xiaomi telah pun melancarkan Mi 11 untuk pasaran global. Terkini, Mi 11 telah membuat kemunculan di Youtube dalam ujian ketahanan oleh JerryRigEverything. Perlu diketahui, ujian sebegini tidaklah mencerminkan bagaimana peranti tersebut dalam keadaan realiti sebenar. Namun, ia memberikan gambaran mengenai struktur binaan peranti andalan terbaru dari Xiaomi. Seperti biasa, ujian ketahanan ini…
Pembangun Cyberpunk 2077 Berdepan Serangan Ransomware ‘HelloKitty’
Serangan ransomware terhadap CD Projekt Red yang merupakan pembangun Cyberpunk 2077 dipercayai telah dilakukan oleh kumpulan ransomware dengan nama ‘HelloKitty’. Semalam, CD Projekt telah mengeluarkan kenyataan pihaknya menjadi sasaran serangan ransomware yang telah mengakses rangkaian dalaman, encrypt beberapa peranti serta mengumpul data tertentu. Important Update pic.twitter.com/PCEuhAJosR — CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) February 9, 2021…
Nothing Sahkan Produk Pertama Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Seperti yang sedia tahu, Nothing merupakan sebuah syarikat baharu yang berpangkalan di London dan diasaskan oleh Carl Pei setelah meninggalkan OnePlus. Terkini, memetik laporan Bloomberg, Carl Pei telah mengesahkan produk pertama syarikat itu adalah fon telinga tanpa wayar yang akan dilancarkan pada musim panas nanti. Setelah itu, ia akan diikuti dengan pelancaran beberapa barisan produk…
Insiden Pekerja Syarikat Kurier Baling Bungkusan Pelanggan, MCMC Beri Amaran Keras
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier yang membaling bungkusan pelanggan. Kini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan syarikat kurier berkenaan untuk memberi penjelasan. Dalam masa yang sama, MCMC turut memberi amaran keras kepada pengurusan syarikat kurier terbabit supaya mengambil langkah perlu bagi memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan…
