Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Matte Black iPhone 13 Pro

iPhone 13 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna ‘Matte Black’

Diterbitkan Mac 29, 2021 · Dikemas kini Mac 29, 2021 oleh Amalina Athman

Apple baru-baru ini dilaporkan bakal menawarkan pilihan warna baharu untuk iPhone 13. Menurut laporan, iPhone 13 dijangka hadir dengan pilihan warna ‘matte black’ untuk model Pro dan Pro Max.

Matte Black iPhone 13 Pro

Untuk barisan iPhone 12 Pro, Apple sudah sedia menawarkan pilihan warna Graphite. Namun, ia bukanlah warna hitam pekat. iPhone 12 dan iPhone 12 mini juga hadir dengan pilihan warna hitam, tetapi dengan kemasan glossy.

iPhone 13_6

Untuk warna yang bakal ditawarkan untuk iPhone 13 Pro, ia mungkin adalah sama seperti iPhone 12 dan iPhone 12 mini, tetapi dengan kemasan matte.

Selain itu, iPhone 13 juga dikatakan bakal hadir dengan lapisan keluli tahan karat baru untuk mengurangkan kesan cap jari, reka bentuk kamera belakang yang baru, dan pembatalan hingar yang lebih baik untuk panggilan suara.

iPhone 13_5

Di sisi yang lain, Apple dikhabarkan sedang bereksperimen dengan warna bronze/jingga. Bagaimanapun, warna tersebut mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

Sumber: EverythingApplePro via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY