Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fasa Kedua Suntikan Vaksinasi COVID-19 Akan Bermula 19 April

Fasa Kedua Suntikan Vaksinasi COVID-19 Akan Bermula 19 April

Diterbitkan Mac 29, 2021 oleh Amalina Athman

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin kini memaklumkan fasa kedua suntikan vaksin COVID-19 akan bermula 19 April ini. Untuk fasa ini, ia mengutamakan golongan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik.

Sementara itu, notis janji temu bagi suntikan vaksin akan diberikan mulai 5 April iaitu dua minggu lebih awal sebelum tarikh janji temu, menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon dan SMS.

Setakat 28 Mac 2021, kira-kira 2 juta individu dalam golongan fasa kedua telah membuat pendaftaran menerusi MySejahtera. Sasaran sebenar bagi fasa kedua adalah sembilan juta orang.

Berikutan itu, beliau menyatakan sementara menunggu pendaftaran golongan fasa kedua dan bila bekalan vaksin mencukupi, mereka yang telah berdaftar di bawah fasa ketiga akan didahulukan untuk menerima suntikan vaksin.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY