Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware apps

Perisian Hasad Yang Menyamar Sebagai Kemaskini Sistem Dijumpai Pada Peranti Android

Diterbitkan Mac 29, 2021 oleh Amalina Athman

Penyelidik keselamatan baru-baru ini dilaporkan telah menjumpai perisian hasad (malware) pada peranti Android yang menyamar sebagai kemas kini sistem dan boleh mengawal sepenuhnya peranti dan mencuri data pengguna.

Perisian hasad ini dijumpai pada aplikasi ‘System Update’ yang dimuat turun melalui gedung aplikasi pihak ketiga dan tidak tersedia di Google Play Store.

Setelah aplikasi ini dipasang, penggodam boleh mengawal sepenuhnya peranti termasuk dapat merakam panggilan suara, mengambil gambar, menyemak sejarah pelayar, mengakses mesej WhatsApp dan lain-lain.

malware Android

Caranya adalah dengan memperdayakan pengguna untuk mengemaskini sistem yang dijalankan pada peranti Android.

Ia menimbulkan ancaman kepada peranti Android dengan berfungsi sebagai Remote Access Trojan (RAT) yang menerima dan melaksanakan arahan untuk mengumpul dan mengasingkan sejumlah data. Seterusnya, perisian hasad ini dapat mengumpul pelbagai data pengguna termasuk mengawal lokasi GPS, log panggilan, mengetahui aplikasi yang dipasang dan lain-lain.

Bagi pihak Google, mereka tidak memberikan sebarang komen dan hanya menegaskan perisian hasad berkenaan tidak pernah tersedia di Google Play Store.

Berikutan itu, pengguna peranti Android disarankan untuk tidak sewenang-wenangnya memasang aplikasi luar daripada Play Store.

Sumber: Zimperium via  1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY