Sejak bertahun lamanya, pengguna di Malaysia tertunggu-tunggu ciri sokongan pembayaran melalui Apple Pay. Semalam, Maybank telah mengesahkan bahawa mereka akan menyokong ciri pembayaran Apple Pay. Menurut Maybank, semua kad Visa dan MasterCard Maybank adalah layak untuk menggunakan Apple Pay. Tidak hanya Maybank, AmBank juga telah mengesahkan pelanggan kad kredit mereka boleh membayar menggunakan Apple Pay…
Pengarang: Amalina Athman
Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan
Seperti yang dilaporkan oleh Ming Chi Kuo beberapa bulan lepas, iPhone 14 Pro Max dijangka bakal hadir dengan bonggol atau bump kamera yang lebih besar. Ia berikutan kerana sensor yang bakal dimuatkan pada iPhone 14 Pro Max itu akan dinaiktaraf. {suggest} Terbaru, gambar yang diperolehi daripada akaun Twitter @lipilipsi dan dikongsi semula oleh @MajinBuOfficial telah…
PM: Akaun Telegram Peribadi Digodam, Abai Jika Terima Mesej
Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri menerusi ciapan di laman Twitter miliknya. {suggest} Berikutan itu, pengguna Telegram diminta untuk mengabaikan mesej yang diterima daripada akaun tersebut. Sebagai tambahan, beliau turut meminta supaya laporan dibuat kepada…
Huawei, Xiaomi, vivo Cari Jalan Penyelesaian Atasi Isu Telefon 5G Cepat Panas
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh beberapa syarikat pengeluar telefon pintar bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna. Baru-baru ini, Huawei, Xiaomi, vivo antara jenama yang dilaporkan dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian berkaitan isu pengurusan haba pada telefon 5G. {suggest} Memetik laporan, beberapa pengeluar telefon pintar telah menghadiri Forum Sidang Kemuncak Industri Pengurusan Terma 5G yang…
Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14
Menjelang acara pelancaran iPhone 14 tidak lama lagi, khabar angin semakin bertiup kencang. Terbaru, terdapat ura-ura mengatakan Apple sudah mula membuat persediaan bagi acara pelancaran pada September ini. Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple dikhabarkan sudah memulakan pra-rakaman untuk pelancaran secara dalam talian iPhone 14. Acara ini dijangka akan berlangsung pada separuh pertama September….
Laman Web Maybank2U Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Sementara
Pada pagi ini, Maybank memaklumkan sistem pada laman web Maybank2U sedang mengalami gangguan perkhidmatan sementara. Bagaimanapun, pihaknya menjelaskan perkhidmatan perbankan Maybank termasuk aplikasi adalah tidak terjejas dan masih beroperasi seperti biasa. Maybank menyatakan, pihaknya dalam proses untuk menyelesaikan perkhidmatan yang terjejas dengan kadar segera. Namun, tidak dinyatakan berapa lama tempoh yang diambil untuk proses baik pulih tersebut….
