Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung logo

Samsung Sahkan Insiden Pencerobohan Data, Maklumat Peribadi Pengguna Terjejas

Diterbitkan September 3, 2022 oleh Amalina Athman

Gergasi teknologi, Samsung kini mengesahkan insiden pencerobohan data yang menjejaskan beberapa maklumat pengguna.

Melalui notis yang dikeluarkan, Samsung memaklumkan penggodam telah memperoleh maklumat daripada beberapa sistem Samsung Amerika Syarikat pada Julai 2022.

Pada 4 Ogos, siasatan Samsung mendapati bahawa maklumat peribadi pelanggan telah berjaya diakses dan dikeluarkan daripada rangkaiannya. Antara maklumat peribadi yang terjejas termasuk nama, nombor telefon kenalan, tarikh lahir, maklumat pendaftaran produk dan sebagainya.

Sebagai tambahan, Samsung menyatakan maklumat yang terjejas mungkin berbeza bagi setiap pelanggan. Akan tetapi, pihaknya memberi jaminan insiden tersebut tidak memberi impak kepada nombor kad kredit, debit dan Social Security.

samsung notice

Bagi memberi jaminan serta melindungi keselamatan dan privasi pelanggan yang terjejas, pihaknya telah bekerjasama dengan pakar keselamatan siber terkemuka dan sedang menyelaraskan dengan penguatkuasaan undang-undang. Samsung juga telah memaklumkan kepada pelanggan yang terjejas melalui e-mel yang dihantar.

Berkaitan

  • Samsung Perkenalkan 'Portable' SSD T7 Shield, Laju Dan Tahan Lasak
  • Samsung Dilapor Akan Jual Telefon Tanpa Kabel USB-C Dalam Kotak, Bermula 2023

Dalam pada itu, syarikat itu mengesyorkan kepada pelanggan untuk sentiasa berhati-hati terhadap sebarang komunikasi yang meminta maklumat peribadi dan elakkan daripada mengklik pautan atau memuat turun lampiran daripada e-mel yang mencurigakan serta sentiasa menyemak akaun untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY