Sebilangan pengguna kini mengatakan iPhone 14 Pro mengalami masalah yang menjadikan peranti itu restart ketika mengecas menggunakan MagSafe atau Lightning, berdasarkan laporan 9to5Mac. Melalui Reddit, seorang pengguna telah memuat naik hantaran mengenai isu yang berlaku pada iPhone 14 Pro miliknya. Dikatakan masalah tersebut hanya berlaku ketika iPhone 14 Pro dicas, dan sebaliknya apabila pengecas dimatikan. Sementara…
Pengarang: Amalina Athman
WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama
WhatsApp kini mendedahkan kerentanan kritikal yang telah ditampal dalam versi aplikasi yang lebih baharu, tetapi masih boleh menjejaskan bagi aplikasi dengan versi lama. Menurut butiran yang diterbitkan di halaman WhatsApp Security Advisories, pepijat itu membolehkan penggodam mengeksploitasi dan melaksanakan kod sendiri pada telefon pintar mangsa dalam panggilan video yang ditetapkan. {suggest} Kerentanan yang didedahkan dengan…
Bank-Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan – Persatuan Bank
Dalam perasmian Pameran Maya Jenayah Kewangan yang berlangsung pada 26 September, gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos mengumumkan semua institusi kewangan telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah tambahan untuk memperkukuh perlindungan terhadapan penipuan kewangan. Terbaharu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, tiga persatuan yang mewakili institusi perbankan di Malaysia iaitu…
75 Aplikasi Android Dan 9 Aplikasi App Store Ini Terlibat Dalam Penipuan Iklan
Penyelidik keselamatan kini telah menemui 75 aplikasi di Google Play Store dan 9 aplikasi di App Store yang dinyatakan terlibat dengan penipuan iklan. Secara keseluruhan, lebih 13 juta pemasangan juga telah dilakukan oleh pengguna. Sejumlah aplikasi yang dikenal pasti oleh penyelidik itu merupakan sebahagian daripada kempen penipuan iklan dinamakan sebagai ‘Scylla’. {suggest} Selain iklan yang…
ZTE Umum Axon 30S Dengan Kamera Bawah Skrin, Cip Snapdragon 870
ZTE telah mengumumkan Axon 30S di China dengan sedikit naik taraf daripada Axon 30 yang dilancarkan tahun lalu. Spesifikasi utama dan rekaan masih dikekalkan dengan perbezaannya adalah dari segi perisian, yang mana Axon 30S menjalankan Android 12 dengan ZTE MyOS 12. {suggest} ZTE Axon 30S dimuatkan skrin berukuran 6.92-inci 10-bit OLED dengan resolusi FHD+ dan…
Apple Sahkan Sudah Mula Pengeluaran iPhone 14 Di India
Apple kini mengesahkan pihaknya telah memulakan pengeluaran iPhone 14 di India, dengan model yang dipasang di negara itu dijangka akan dijual akhir tahun ini. Menurut laporan TechCrunch, jurucakap Apple menyatakan “Kami teruja untuk mengeluarkan iPhone 14 di India”. {suggest} Apple dan pembekal Foxconn juga telah meningkatkan pelaburan mereka di India sejak beberapa tahun kebelakangan ini,…
