Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS: 1.9 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Cuti Perayaan Deepavali

PLUS: 1.9 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Cuti Perayaan Deepavali

Diterbitkan Oktober 20, 2022 oleh Amalina Athman

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik akan melonjak sepanjang cuti perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan yang bermula 21 Oktober hingga 26 Oktober.

PLUS menyatakan, sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan semua rangkaian lebuhraya setiap hari semasa cuti perayaan Deepavali, berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

PLUS: 1.9 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Cuti Perayaan Deepavali

Berikutan itu, PLUS telah mengeluarkan jadual TTA yang boleh dirujuk melalui laman web www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial PLUS, untuk membantu orang ramai merancang perjalanan serta membolehkan PLUS mengagihkan trafik yang bergerak ke pelbagai destinasi.

Berkaitan

  • Kadar Tol GCE, AKLEH, LKSA, SILK Turun Mulai 20 Oktober, Lagi 2 Lebuh Raya Pada 1 Jan 2023
  • Lebuhraya DASH Dibuka Mulai Esok, Tol Percuma Sehingga 30 November

Pengguna lebuh raya juga disarankan mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch n’n Go, atau e-Wallet untuk transaksi tol dengan pilihan pembayaran sama ada menggunakan kad TNG, SmarTAG atau RFID sebelum memasuki lebuh raya.

Sebagai tambahan, PLUS turut menyatakan akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan di lebuhraya kendaliannya di antara 21 hingga 25 Oktober ini bagi memastikan tiada gangguan terhadap perjalanan orang ramai. Bagaimanapun, lorong mungkin terpaksa ditutup sementara bagi kerja kecemasan yang melibatkan kemalangan dan sebagainya.

Gambar utama: PLUS

Sumber: PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY