Semalam, Maxis telah membuat ciapan di Twitter yang menyatakan rangkaian 5G yang dilancarkan pada Disember 2021 hanya tersedia di Putrajaya dan Cyberjaya ketika ini. Bagaimanapun, Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini telah memuat naik siaran media bagi memperbetul pernyataan yang dibuat oleh pihak Maxis. {suggest} Menurut DNB, setakat ini rangkaian 5G di Malaysia telah meliputi…
Pengarang: Amalina Athman
KWSP Alami Gangguan Sementara Di Semua Cawangan, Beberapa Perkhidmatan Lain Turut Terjejas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan beberapa perkhidmatan sedang mengalami gangguan sementara. {suggest} Berikutan itu, beberapa perkhidmatan telah terjejas yang mana antaranya termasuk sistem perkhidmatan di semua cawangan, akses web i-Akaun (Ahli & Majikan) dan akses aplikasi i-Akaun (Ahli & Majikan). Ketika ini, proses untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas masih dijalankan, namun tidak dinyatakan…
Satu Lagi Ciri Baharu Akan Diperkenal Untuk iOS, Mudahkan Panggilan Video Di WhatsApp
Sehingga kini, WhatsApp telah memperkenal sejumlah ciri baharu bagi menambahbaik pengalaman pengguna ketika membuat panggilan dengan menggunakan aplikasi pemesejan itu. {suggest} Antaranya termasuk panggilan video yang boleh disertai sehingga 32 orang. Selain itu, WhatsApp turut memperkenal ciri yang membolehkan pengguna menjemput seseorang untuk menyertai panggilan melalui pautan yang dikongsi. Terbaharu, WhatsApp mengumumkan ciri Picture in…
Twitter Sekat Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk
Twitter kini telah membuat sekatan kekal ke atas akaun yang dikhususkan untuk menjejak lokasi jet peribadi Elon Musk. {suggest} Akaun itu, @ElonJet yang dicipta oleh seorang remaja Jack Sweeney mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitter. Ia berfungsi 24/7 untuk mengesan lokasi pesawat Musk dengan menggunakan data penerbangan yang tersedia dan seterusnya berkongsi ciapan di Twitter…
iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
Apple kini telah menyenaraikan lebih 30 kerentanan keselamatan yang dibaik pulih dalam kemas kini iOS 16.2 dan iPadOS 16.2. Melalui dokumen diterbitkan, tampalan keselamatan penting melibatkan isu yang berkaitan Pemacu Grafik hingga ke Webkit, kernel, juga kerentanan dalam Safari, Weather, Photos dan lain-lain. {suggest} Walaupun tidak diketahui jika kerentanan yang disenaraikan telah dieksploitasi secara aktif,…
Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia
Melalui iOS 16.2 yang dilancarkan awal pagi tadi, Apple telah menawarkan sejumlah ciri baharu dan pembetulan pepijat. {suggest} Namun, khabar gembira untuk pengguna di Malaysia adalah Apple kini sudah pun menambah sokongan 5G dengan kemas kini terbaharu itu. Setakat ini, tinjauan penulis mendapati pengguna Celcom, Digi dan U Mobile sudah pun boleh mengaktifkan sokongan 5G…
