Kemas kini 27 November 2023: OnePlus kini mendedahkan tarikh baharu bagi pelancaran OnePlus 12, iaitu pada 5 Disember 2023, 2.30 petang. Bermakna, tarikh 4 Disember yang diumumkan sebelum ini merupakan acara khas untuk meraikan ulangtahun ke-10 syarikat itu, tanpa menampilkan produk baharu pada hari yang sama. Artikel asal: OnePlus melalui Weibo kini mengumumkan OnePlus 12…
Pengarang: Amalina Athman
Bekas CEO OpenAI, Sam Altman Sah Akan Sertai Microsoft
Lanjutan kontroversi pemecatan CEO OpenAI, Sam Altman kini disahkan akan menyertai Microsoft. {suggest} Perkara itu dimaklumkan oleh CEO Microsoft Satya Nadella melalui platform X. Tidak hanya Sam Altman, Nadella turut mengumumkan bekas Presiden OpenAI Greg Brockman akan turut menyertai syarikat itu. Lebih spesifik, kedua-duanya akan menyertai Microsoft untuk menerajui pasukan penyelidikan AI syarikat itu. I’m…
OpenAI Bertukar Tiga CEO Dalam Tempoh Tiga Hari
Lembaga Pengarah OpenAI awal Sabtu lalu mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pemecatan CEO OpenAI Sam Altman. {suggest} OpenAI menyatakan Sam Altman tidak konsisten dalam komunikasinya dengan lembaga pengarah, sekali gus menghalang keupayaannya untuk melaksanakan tanggungjawab. Lembaga pengarah juga tidak lagi yakin dengan keupayaannya untuk terus menerajui OpenAI. OpenAI announces leadership transition https://t.co/fFYDLwGXQz — OpenAI (@OpenAI)…
Tak Lama Lagi Pengguna WhatsApp Boleh Akses ‘Chatbot’ AI
Pada September, Meta telah mengumumkan beberapa produk dan ciri AI (kecerdasan buatan) yang akan tersedia di WhatsApp kelak. Dalam perkembangan terbaharu, ciri chatbot atau bot sembang AI mula tersedia untuk beberapa pengguna WhatsApp beta dalam kemas kini Android 2.23.24.26 di Google Play Store. {suggest} Melalui perkongsian WABetaInfo, ia memperlihat butang multi-warna yang ditempatkan dalam tab Chats,…
Tak Sampai Sehari, Nothing Chats Dialih Keluar Dari Google Play Store
Nothing minggu lalu mengumumkan aplikasi Nothing Chats, yang dikatakan mempunyai keupayaan iMessage. Aplikasi ini dikuasakan oleh platform pemesejan Sunbird dan dilancarkan pada minggu yang sama. Namun, tidak sampai sehari Nothing Chats beta dilancarkan, Nothing telah menarik balik aplikasi itu dari Google Play Store. {suggest} Untuk rekod, sewaktu Nothing Chats diumumkan, syarikat itu mendakwa platform pemesejan itu…
KTMB Akan Sokong Pembayaran Apple Pay, Samsung Pay Awal Tahun Depan
Hujung minggu lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan sokongan pembayaran melalui kad debit bagi semua stesen KTM Komuter Lembah Klang dan Utara. Terbaharu, KTMB memaklumkan sokongan pembayaran akan diperluas untuk Apple Pay dan Samsung Pay di semua stesen KTM pada awal tahun 2024. {suggest} Menurut KTMB, langkah itu dapat memberikan kelancaran proses perjalanan…
