Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: Amalina Athman

Snapdragon 7s Gen 3

Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3

Qualcomm sebelum ini telah pun mengumumkan cip Snapdragon 7+ Gen 3 dan Snapdragon 7 Gen 3. Kini, syarikat itu hadir dengan satu lagi pemproses dalam barisannya, iaitu Snapdragon 7s Gen 3. Seperti namanya, Snapdragon 7s Gen 3 merupakan cip paling kurang berprestasi antara ketiga-ketiganya. Walaupun begitu, ia membawakan sejumlah peningkatan berbanding Snapdragon 7s Gen 2…

NFP launch

Portal Fraud Kebangsaan Dilancarkan Untuk Perkukuh Operasi NSRC

Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet, serta institusi kewangan kini melancarkan Portal Fraud Kebangsaan (National Fraud Portal, NFP) sebagai platform bersepadu bagi memperkukuh keupayaan operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). NFP mengautomasikan proses NSRC secara keseluruhan daripada pengendalian laporan penipuan sehingga kepada pengesanan dana yang dicuri. Platform ini membolehkan proses seperti berikut dilakukan: Pengesanan dan pemulihan…

ProCreate AI is not our future

Procreate Kekal Pendirian, Tak Akan Perkenal Sebarang AI Generatif

Syarikat di sebalik aplikasi ilustrasi popular iPad, ProCreate kini menyatakan pendirian bahawa ia tidak akan memperkenalkan sebarang AI generatif ke dalam produk mereka. Procreate mendakwa AI generatif dibina di atas asas kecurian, dan teknologi ini membawa manusia ke arah “masa depan yang tandus”. Ia berpendapat pembelajaran mesin ialah teknologi yang menarik dengan banyak merit, tetapi…

WhatsApp unknown caller

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tetapkan ‘Username’ Dengan Sokongan PIN

Pada Mei tahun lalu, WhatsApp dilapor sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna memilih username atau nama pengguna. Walaupun belum lagi dilancarkan kepada umum, WhatsApp nampaknya kini menambah baik ciri itu dengan sokongan PIN. Seperti ditunjukkan dalam tangkap layar di bawah, WhatsApp sedang membangunkan sokongan kod PIN untuk nama pengguna. PIN ini akan bertindak sebagai lapisan privasi…

GoPro Akan Kurangkan 15% Tenaga Kerja Tahun Ini

GoPro Akan Kurangkan 15% Tenaga Kerja Tahun Ini

Pembuat kamera aksi GoPro akan mengurangkan kira-kira 15% tenaga kerja pada tahun ini sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula untuk mengurangkan perbelanjaan operasi, lapor Reuters. Pemberhentian itu bakal menjejaskan sekitar 139 daripada 925 pekerja, dengan jangkaan akan bermula pada suku ketiga dan selesai menjelang akhir 2024. Awal bulan ini, GoPro melaporkan hasil sebanyak $186 juta…

Telegram banned

Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja

Perbandaran Amsterdam melarang penjawat awamnya daripada menggunakan aplikasi pemesejan Telegram pada telefon kerja berikutan kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan potensi pengintipan. Larangan itu, yang dilaksanakan pada akhir April tetapi baru-baru ini didedahkan kepada umum, dikaitkan dengan kebimbangan bahawa Telegram boleh menjadi “tempat perlindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber dan pengedar dadah,” menurut jurucakap majlis perbandaran…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 375
  • 376
  • 377
  • 378
  • 379
  • 380
  • 381
  • …
  • 964
  • Next
©2026 WISER.MY