Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Januari 2025. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Disember 2024. Beliau turut memuji langkah Telegram dan Tencent (WeChat) yang telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk…
Pengarang: Amalina Athman
Telegram, WeChat Mula Proses Pelesenan Media Sosial – MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia. Menurut MCMC, kedua-dua platform dijangka akan memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat. Seperti diumumkan sebelum ini, platform media sosial dan pemesejan Internet dengan minimum 8 juta…
Empat Ciri Baharu WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia
Bagi menambah baik aplikasi dan meningkatkan pengalaman pengguna, WhatsApp telah memperkenalkan sejumlah ciri baharu. Menjelang tahun 2025, berikut disenaraikan empat ciri baharu yang sepatutnya sudah tersedia di aplikasi WhatsApp. 1. Imbas dokumen dalam aplikasi Sekurang-kurangnya untuk pengguna iOS, ciri ini telah pun tersedia sejak beberapa hari/minggu lalu. Ia boleh diakses melalui ikon “+” di sebelah…
Tiga Sebab Apple Tak Rancang Bangunkan Enjin Carian Sendiri
Perjanjian Apple dan Google bernilai $20 bilion (~RM89.4 bilion), yang melihat Google berfungsi sebagai enjin carian default pada iPhone, masih dalam penelitian. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat meneruskan kesnya terhadap penguasaan Google dalam industri carian. Dalam pemfailan mahkamah baru-baru ini, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Apple Eddy Cue menjelaskan bahawa mahkamah menganggap penyelesaian yang dicadangkan dalam kes…
PDRM Tahan 13 Individu Disyaki Terlibat Kesalahan Seksual Dalam Talian
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan operasi bersepadu “OP Pedo” pada 23 Disember, terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM). Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 13 lelaki warga tempatan berumur di antara 20 hingga…
iPhone 18 Pro Mungkin Terima Naik Taraf Kamera Dengan Apertur Boleh Ubah
Walaupun masih lagi hampir dua tahun untuk dilancarkan, ura-ura mengenai iPhone 18 Pro telah mula diperkatakan. Dalam perkembangan terkini, penganalisis rantaian bekalan Apple Ming-Chi Kuo mengulangi dakwaannya bahawa kamera utama iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max akan dilengkapi apertur boleh ubah (variable aperture). Kamera lebar (utama) iPhone 18 Pro akan dinaik taraf kepada…
