Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, merancang untuk membatalkan dan mengubah peraturan sekatan perdagangan cip kecerdasan buatan (AI) yang dikenakan semasa era Biden, lapor Bloomberg. Pembatalan ini, yang belum muktamad, bertujuan untuk membentuk semula dasar yang mendapat tentangan kuat daripada syarikat teknologi utama dan kerajaan asing. Dasar yang dikenali ‘AI Diffusion Framework’ diumumkan pada Januari, seminggu…
Pengarang: Amalina Athman
Samsung Galaxy S25 Edge Sah Bakal Dilancar Minggu Depan
Tanpa kehadiran Galaxy S25 Edge, barisan Galaxy S25 boleh dikatakan masih belum lengkap sepenuhnya. Namun, penantian itu nampaknya semakin hampir, apabila Samsung mengesahkan Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini. Telefon pintar nipis ini mula diperlihatkan pada Januari lalu, dan sejak itu, pelbagai persoalan timbul mengenainya. Pengumuman ini bukan sahaja menjawab…
Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
Netflix bakal tampil dengan wajah baharu di skrin televisyen (TV) pengguna, yang bakal dilancarkan secara global dalam beberapa minggu dan bulan akan datang. Berikut merupakan antara perubahan menarik yang akan diperkenalkan pada Netflix di TV, serta penambahbaikan untuk peranti mudah alih. Antara muka baharu Halaman utama baharu kelak akan mempunyai antara muka yang bersih (clean)…
Setanding ‘Powerbank’, realme Perlihat Telefon Konsep Dengan Bateri Lebih Besar
realme kini memperlihatkan telefon konsep yang menampilkan kapasiti bateri lebih besar, setanding dengan kapasiti powerbank yang biasa digunakan. Dengan ketebalan hanya 8.5mm dan berat sekitar 215 gram, telefon konsep realme GT ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 10,000mAh. Menurut realme, telefon ini menggunakan bateri anod berasaskan silikon dengan nisbah silikon sebanyak 10% dan kepadatan tenaga yang mencapai 887Wh/L. Dalam…
Treler Kedua GTA 6 Kini Tersedia Dengan Pandangan Lebih Dekat Latar Permainan
Setelah lebih setahun mengeluarkan treler pertama, Rockstar Games baru-baru ini telah mengumumkan penangguhan pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA 6). Hari ini, kita akhirnya diberikan treler kedua. Seperti treler pertama, video kali ini memberikan fokus utama pada pembentukan watak dan dunia permainan, tanpa terlalu banyak pendedahan tentang cara permainan itu sendiri. Namun, Rockstar menyatakan ia…
AMD Mahu Jadikan Malaysia Hab Pembungkusan Dan Reka Bentuk Cip – Anwar
Syarikat gergasi semikonduktor, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab utama bagi teknologi pembungkusan dan reka bentuk cip tercanggih, dengan Pulau Pinang dan Cyberjaya sebagai lokasi tumpuan. Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyediakan segala kemudahan dan sokongan yang diperlukan bagi mempercepatkan proses tersebut. Sebelum itu, Anwar mendedahkan bahawa…
