Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ganti MyKad aplikasi myGOV_imagewisermy2

Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV

Diterbitkan Oktober 20, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 20, 2026 oleh Amalina Athman

Permohonan gantian MyKad kini boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi MyGOV Malaysia, membolehkan orang ramai memulakan urusan tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Perkhidmatan ini merangkumi empat jenis permohonan, iaitu gantian biasa bagi MyKad baharu, gantian kad yang mengalami kerosakan fizikal, gantian akibat kerosakan cip serta gantian MyKad yang hilang buat kali pertama disebabkan kecuaian.

Untuk membuat permohonan, pengguna perlu memuat turun atau mengemas kini aplikasi MyGOV Malaysia sebelum log masuk ke akaun masing-masing menggunakan MyDigital ID. Selepas itu, pilih menu Kelahiran & Pengenalan Diri di tab “Perkhidmatan” dan tekan pilihan Penggantian MyKad.

Pemohon kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diminta dan memuat naik dokumen sokongan sekiranya diperlukan. Setelah selesai, hantar permohonan dan ikuti arahan seterusnya yang diberikan dalam sistem.

Ganti MyKad aplikasi mygov_02
Foto: Kementerian Digital

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa sistem permohonan gantian MyKad melalui aplikasi ini hanya tersedia dalam waktu operasi JPN, iaitu dari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Sistem ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

mohon gantian MyKad Aplikasi MyGOV_1

Tempoh kutipan MyKad bergantung pada lokasi yang dipilih. Bagi kutipan di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat JPN Negeri dan JPN yang mempunyai mesin cetakan teragih, kutipan boleh dilakukan dalam tempoh 30 minit selepas transaksi permohonan dalam talian berjaya.

Sementara itu, kutipan di JPN cawangan Semenanjung Malaysia boleh dilakukan selepas 5 hari waktu bekerja, manakala kutipan di JPN cawangan Sabah dan Sarawak boleh dilakukan selepas 7 hari waktu bekerja, dengan syarat transaksi permohonan dalam talian berjaya.

JPN turut menasihatkan pemohon supaya menyemak status permohonan menerusi laman rasmi JPN sebelum hadir untuk mengambil MyKad.

Walaupun permohonan boleh dibuat melalui aplikasi MyGOV Malaysia, pemohon masih perlu mengambil MyKad fizikal di lokasi kutipan yang ditetapkan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Kini Boleh Semak Harga Minyak Secara Terus Melalui Aplikasi MyGOV
  • MyGOV Malaysia Mula Uji Agentic AI, Bakal Mudahkan Urusan Kerajaan
  • MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi - Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri
  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
©2026 WISER.MY