Setelah menerima kelulusan SIRIM pada awal minggu ini, Nintendo akhirnya mengesahkan tarikh rasmi pelancaran konsol generasi baharu Switch 2 di Malaysia, iaitu pada 3 Julai 2025. Negara Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand dan Filipina pula dijadualkan menerima Switch 2 lebih awal, iaitu pada 26 Jun ini, menjadikan pelancaran di Malaysia sedikit lewat berbanding negara jiran….
Pengarang: Amalina Athman
MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram, Dua Saluran
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil langkah tegas terhadap dua saluran di Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”. MCMC memaklumkan bahawa tindakan sivil telah difailkan terhadap kedua-dua saluran itu kerana menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara dan menjejaskan…
ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp – Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
OpenAI kini memperluaskan ciri penjanaan imej ChatGPT melalui aplikasi WhatsApp, membolehkan pengguna menjana imej berasaskan kecerdasan buatan (AI) secara terus dalam perbualan di aplikasi pemesejan itu. Untuk mencuba, pengguna hanya perlu menghantar arahan berbentuk teks atau imej melalui 1-800-ChatGPT. ChatGPT image generation is now available in WhatsApp via 1-800-ChatGPT. Now available to everyone.https://t.co/RF3A1bDU4n — OpenAI…
[Kemas Kini] Aplikasi MAE Alami Gangguan Sementara
Kemas kini 19 Jun 2025, 8.00 pagi: Semua perkhidmatan MAE kembali pulih dan pengguna kini boleh melakukan transaksi perbankan seperti biasa. #MBBAlert Kindly be informed that all our services have resumed and you may now perform your banking transactions as usual. For more information or assistance, you may write to us at [email protected] or contact…
Tak Lama Lagi, Semua Video Di Facebook Akan Jadi ‘Reels’
Facebook akan melaksanakan perubahan besar dalam cara pengguna memuat naik dan berkongsi video di platform tersebut. Dalam pengumuman terbaharu, Meta memaklumkan bahawa semua video yang dimuat naik ke Facebook, sama ada pendek atau panjang, akan dijadikan Reels secara automatik. Pengguna tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkongsi sebagai video biasa atau Reels seperti sebelum…
TikTok Masih ‘Selamat’ Di AS, Trump Akan Lanjutkan Lagi Tarikh Akhir
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi akan melanjutkan tarikh akhir yang diberikan kepada ByteDance untuk menjual aset TikTok di AS atau berdepan dengan larangan penuh di negara itu. Tarikh akhir asal ditetapkan pada 19 Jun 2025. Namun, Trump dijangka menandatangani satu lagi perintah eksekutif minggu ini bagi memberi lanjutan selama 90 hari, menjadikan tarikh…
