Kerajaan UK dilaporkan bakal menarik balik rancangannya untuk memaksa Apple memberikan akses ‘pintu belakang’ kepada data pengguna yang dilindungi melalui sistem penyulitan iCloud. Namun, kemenangan ini bukan hasil keputusan mahkamah atau perubahan pendirian kerajaan terhadap isu privasi. Sebaliknya, ia berlaku selepas tekanan berterusan daripada kerajaan Amerika Syarikat dalam rundingan perdagangan antara kedua-dua negara. Beberapa pegawai…
Pengarang: Amalina Athman
CIMB Perkenal Pembantu Digital ‘Amira’
CIMB Bank hari ini memperkenalkan Amira, Pembantu Digital pertamanya yang akan digunakan untuk menghubungi pelanggan melalui panggilan telefon. Menurut CIMB, Amira akan menghubungi pelanggan terpilih bagi tujuan tertentu, sama ada untuk memberikan peringatan bayaran atau pembaharuan insurans kenderaan. Namun begitu, penting untuk diketahui bahawa semua panggilan daripada Amira hanya akan dibuat menggunakan nombor telefon yang…
Kerajaan Pertimbang Akta Wajib Daftar MyDigital ID
Kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pendaftaran MyDigital ID sebagai satu kewajipan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, langkah ini bagi mengatasi kekangan yang berlaku memandangkan pendaftarannya ketika ini adalah bersifat sukarela. ..bagaimana untuk memastikan rakyat, lebih ramai lagi mendaftar dalam MyDigital ID ini. Jadi, kerajaan sedang melihat kemungkinan untuk…
iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Warna Inspirasi ‘Liquid Glass’
Salah satu perubahan paling ketara dalam iOS 26 yang diumumkan pada WWDC 2025 ialah pengenalan antara muka (UI) baharu dikenali sebagai Liquid Glass. Terbaru, khabar angin dari China mendakwa Apple mungkin akan membawa konsep Liquid Glass ke bahagian perkakasan menerusi iPhone 17 Pro. Menurut peniris Instant Digital di Weibo, iPhone 17 Pro dijangka hadir dengan…
APAD Sasar Wajibkan ‘Dashcam’ Dalam Bas Mulai Suku Pertama 2026
Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam proses mengemas kini garis panduan keselamatan, dengan sasaran untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) dalam bas bermula suku pertama 2026. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Awal Pasukan Petugas Khas Kemalangan Bas Persiaran di Gerik yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) baru-baru ini. APAD sedang dalam proses…
Shopee Akan Perkenal ‘Instant Delivery’ Di Lembah Klang
Shopee bakal melancarkan perkhidmatan Instant Delivery di Lembah Klang tidak lama lagi, membolehkan pembeli menerima barang segera dalam tempoh beberapa jam selepas membuat pesanan. Ciri ini diumumkan sempena Shopee Seller Summit 2025. Menurut Shopee, pelaksanaan perkhidmatan ini akan dimulakan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke kawasan lain dari semasa ke semasa. Dalam pada…
