Hotlink kini memperkenalkan pek Travel SIM baharu yang menawarkan internet 5G tanpa had di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Terdapat dua pilihan yang tersedia, iaitu RM35 untuk tempoh sah 15 hari dan RM60 untuk 30 hari. Kedua-dua pelan ini hadir dengan internet tanpa had berkelajuan 12Mbps di keempat-empat negara, dengan 100GB FUP. Ia turut…
Pengarang: Amalina Athman
Yuran Komisen Shopee Cecah 15%, Caj Platform RM0.50 – Berkuat Kuasa 16 Julai
Selepas kenaikan Mac lalu, Shopee sekali lagi mengumumkan pelarasan Yuran Komisen Marketplace yang bakal berkuat kuasa mulai 16 Julai 2025. Shopee memaklumkan kadar komisen baharu ini hanya terpakai kepada penjual Marketplace tempatan dan tidak melibatkan penjual Shopee Mall serta kadar komisen penjual luar negara. Dengan kadar baharu ini, penjual Marketplace akan dikenakan komisen sehingga 15%,…
Petronas Kini Sokong Bayar Minyak Guna TNG eWallet – Ini Caranya
Setel kini memeterai kerjasama dengan TNG Digital (TNGD) bagi membolehkan pengisian dan pembayaran bahan api dilakukan terus di pam menggunakan TNG eWallet. Tersedia di lebih 1,000 stesen minyak Petronas di seluruh negara, integrasi Setel dalam aplikasi TNG eWallet memudahkan pengguna mengisi minyak tanpa perlu meninggalkan kenderaan atau memuat turun aplikasi tambahan. Cara guna PETRONAS via…
Apple Dilapor Berminat Ambil Alih Perplexity AI – Ini Mungkin Sebabnya
Eksekutif Apple dilaporkan telah mengadakan perbincangan dalaman mengenai kemungkinan untuk mengemukakan tawaran bagi mengambil alih Perplexity AI. Menurut laporan Mark Gurman, perbincangan itu masih di peringkat awal dan belum tentu akan membawa kepada sebarang tawaran rasmi. Namun, idea tersebut difahamkan sudah dibincangkan antara Ketua Bahagian Penggabungan dan Pengambilalihan Apple Adrian Perica, Ketua Perkhidmatan Eddy Cue…
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 1 Julai
Perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mula beroperasi sepenuhnya pada jam 10 pagi, 1 Julai 2025 Dalam kenyataan baru-baru ini, Malaysia Airports memaklumkan perkhidmatan itu kini telah memasuki peringkat akhir percubaan selepas melepasi beberapa ujian, termasuk proses Fault-Free Run (FFR). Di bawah pemantauan ketat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), FFR…
Siri Redmi Pad 2 Dilancarkan – Harga Bermula RM599
Xiaomi kini melancarkan tablet terbaharu mereka, iaitu Redmi Pad 2 dan Redmi Pad 2 4G. Menyentuh spesifikasi, Redmi Pad 2 dilengkapi skrin bersaiz 11-inci dengan resolusi 2.5K serta kadar segar semula adaptif sehingga 90Hz. Ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland bagi ciri seperti pengurangan cahaya biru, tanpa kelipan dan sokongan mod mesra kitaran tidur. Sistem…
