Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google chrome_

Mahkamah Putuskan Google Tak Perlu Jual Chrome, Android

Diterbitkan September 3, 2025 oleh Amalina Athman

Seorang hakim di Amerika Syarikat memutuskan bahawa Google tidak perlu menjual pelayar Chrome bagi menangani isu monopoli haram dalam pasaran carian dalam talian.

Keputusan itu dianggap sebagai kemenangan ‘luar biasa’ bagi syarikat teknologi besar yang berdepan tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa AS.

Memetik laporan The Verge, Hakim Mahkamah Daerah AS, Amit Mehta menolak beberapa cadangan lebih agresif daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) yang bertujuan membetulkan tingkah laku Google serta mengembalikan persaingan dalam pasaran. Beliau turut membenarkan syarikat itu mengekalkan sistem operasi Android, serta terus membayar rakan pengedar bagi pramuat atau penempatan Google Search, Chrome atau produk GenAI-nya.

Namun begitu, Google diarahkan berkongsi “sesetengah data indeks carian dan interaksi pengguna, tetapi bukan data iklan” dengan pesaing, bagi membuka lebih banyak ruang persaingan. Google juga dilarang membuat perjanjian eksklusif yang boleh menutup peluang pengedaran produk carian atau pembantu AI pesaing.

“Kini mahkamah telah menetapkan had terhadap cara kami mengedarkan perkhidmatan Google, dan menghendaki kami berkongsi data Carian dengan pesaing. Kami mempunyai kebimbangan tentang bagaimana keperluan ini akan menjejaskan pengguna dan privasi mereka, dan kami sedang meneliti keputusan ini dengan teliti. Mahkamah juga mengakui bahawa menjual Chrome dan Android akan melangkaui fokus kes ini terhadap pengedaran carian, dan berpotensi menjejaskan pengguna serta rakan kongsi kami,” kata Google dalam satu kenyataan.

Walaupun perkongsian data akan memberi kelebihan kepada pesaing Google dalam pengiklanan, keputusan untuk mengekalkan Chrome dan Android melegakan pelabur yang melihat kedua-duanya sebagai aset penting dalam keseluruhan perniagaan syarikat.

Lebih setahun lalu, hakim yang sama mendapati Google memegang monopoli haram bagi carian dalam talian dan pengiklanan berkaitan. Keputusan terbaharunya kini menetapkan langkah ‘remedi’ yang perlu diambil Google sebagai respons.

Sebelum ini, Google menyatakan ia bercadang untuk membuat rayuan, yang bermakna mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum syarikat itu diwajibkan melaksanakan keputusan mahkamah. Kes ini dijangka berakhir di Mahkamah Agung.

Berkaitan

  • Google Mungkin Terpaksa Jual Chrome Untuk Pecah Monopoli
  • OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual
  • Cadangan DOJ Mungkin Boleh Jadi 'Penamat' Untuk Google Search, Ini Sebabnya
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY