Google dalam acara hari ini turut mengumumkan jam pintar terbaharu mereka, Pixel Watch 4. Hadir dalam dua saiz iaitu 41mm dan 45mm, Pixel Watch 4 menampilkan paparan Actua 360 dengan bezel 16% lebih nipis serta kecerahan maksimum 3,000 nit. Jam ini menggunakan 3D Corning Gorilla Glass 5 dan binaan aluminium, serta kalis air 5ATM dan IP68. Untuk pertama…
Pengarang: Amalina Athman
LHDN Lancar e-Derma – Permohonan Pengecualian Cukai Secara Dalam Talian
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini memperkenalkan sistem perkhidmatan dalam talian baharu, e-Derma, bagi memudahkan urusan permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Menurut kenyataan LHDN, e-Derma membolehkan Institusi atau Organisasi (IO) mengemukakan permohonan serta menyemak status kelulusan secara dalam talian. e-Derma kini boleh diakses oleh Institusi atau Organisasi…
Spotify Kini Ada Ciri Baru, Mirip AutoMix Dalam iOS 26
Dengan iOS 26, Apple Music bakal memperkenalkan ciri AutoMix yang menggunakan AI untuk menghasilkan transisi unik antara lagu, seolah-olah dimainkan oleh DJ. Menjelang pelancarannya bulan depan, Spotify nampaknya lebih awal melancarkan ciri audio mix yang menawarkan pengalaman hampir sama, tetapi dengan pendekatan sedikit berbeza. Tidak seperti AutoMix yang berfungsi secara automatik, ciri Mix di Spotify…
Qualcomm Umum Snapdragon 7s Gen 4 Dengan Sedikit Peningkatan Prestasi
Selepas setahun memperkenalkan cip pendahulunya, Qualcomm kini hadir dengan pemproses kelas pertengahan baharu, iaitu Snapdragon 7s Gen 4. Dari segi teknikal, ia masih mengekalkan proses 4nm dengan seni bina CPU Kryo 1+3+4 yang sama seperti Snapdragon 7s Gen 3. Satu teras utama Cortex-A720 kini dipertingkatkan kelajuan kepada 2.7GHz berbanding 2.5GHz sebelum ini. Namun, tiga teras Cortex-A720…
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599
HUAWEI hari ini melancarkan tablet terbaharu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, untuk pasaran Malaysia. Tablet ini dilengkapi skrin 11.5-inci dari jenis TFT LCD dengan resolusi 2.5K yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz serta maksimum kecerahan 600 nit. Ia dikuasakan cip pemproses Kirin T82B, memori 8GB RAM, 256GB storan dalaman serta menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3….
(Dikemas Kini) Penyelidik China Cipta Robot ‘Ibu Tumpang’ – Boleh Kandung, Lahirkan Anak
Kemas kini 21 Ogos 2025: Walaupun beberapa laporan media mendakwa wujudnya “robot hamil” yang dibangunkan oleh Kaiwa Technology dan mampu meniru keseluruhan proses kehamilan, Snopes melaporkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Antara media yang menyiarkan laporan itu termasuk tabloid Britain Daily Mail, portal Korea Chosun, The Telegraph, serta laporan The Standard di Hong Kong…
