Xiaomi kini mengesahkan siri Xiaomi 17 akan dilancarkan untuk pasaran global pada 28 Februari 2026, beberapa hari sebelum Mobile World Congress (MWC) 2026 bermula. Dijangkakan, dua model akan ditawarkan iaitu Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra, mengekalkan beberapa spesifikasi utama seperti versi yang telah dilancarkan di China. Kedua-dua model menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen…
Pengarang: Amalina Athman
iPhone 18 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna ‘Deep Red’
Apple kini sedang mempertimbangkan pilihan warna baharu “deep red” untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, lapor Mark Gurman dalam edisi terbaru Power On Bloomberg. Melihat populariti Cosmic Orange sebelum ini, tidak mustahil Apple akan mengekalkan pilihan itu dan menambah merah sebagai pilihan tambahan. Bagaimanapun, warna merah dan jingga mungkin terlalu hampir untuk…
Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Mesej Berjadual
WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej berjadual secara terus dalam aplikasi tanpa perlu bergantung pada aplikasi pihak ketiga atau kaedah alternatif lain. Melalui ciri baharu ini, pengguna hanya perlu menaip mesej seperti biasa sebelum memilih tarikh dan masa tertentu penghantaran automatik. Mesej tersebut akan disimpan terlebih dahulu dan hanya dihantar…
Iman Pro Untuk iOS Boleh Dimuat Turun Percuma – Hari Ini Sahaja
Pengguna iOS kini berpeluang untuk memuat turun aplikasi iman Pro secara percuma untuk hari ini sahaja, 20 Februari 2026. iman Pro merupakan aplikasi pemberitahuan solat minimalis yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, Muhammad Adiman. Ia menyediakan notifikasi azan yang tepat dan jadual solat lengkap, termasuk data rasmi tahunan daripada JAKIM, KHEU (Brunei), KEMENAG (Indonesia), MUIS (Singapura),…
Google Labs Perkenal ‘Photoshoot’ – Tukar Gambar Produk Biasa Jadi Visual Gaya Studio
Google Labs memperkenalkan ciri baharu ‘Photoshoot’ dalam platform eksperimen Pomelli, yang membolehkan pengguna menukar gambar produk biasa kepada imej pemasaran bertaraf studio menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ciri ini direka bagi memudahkan penghasilan visual produk yang kelihatan lebih profesional tanpa memerlukan sesi fotografi studio sebenar. Pengguna hanya perlu memuat naik gambar produk sedia ada, sebelum…
Google, Sea Kerjasama Bangunkan Inovasi AI Untuk Shopee, Garena
Google dan syarikat induk Shopee, Sea Ltd, mengumumkan kerjasama untuk membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) bagi produk e-dagang dan permainan di platform itu. Melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, kedua-dua syarikat bersetuju untuk mengaplikasikan AI secara berskala dengan nilai praktikal bagi meningkatkan pengalaman digital harian pengguna. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada tiga perniagaan utama Sea…
