Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-10 at 10.37.19 AM

Audi Mungkin Tidak Sengaja Dedahkan Penyelamat Tony Stark

Diterbitkan Januari 10, 2019 · Dikemas kini Januari 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada acara CES 2019, Audi telah memperlihatkan demo ciri VR pada kenderaan mereka, Audi e-tron. Ia merupakan kolaborasi antara syarikat pengeluar kenderaan itu dan Marvel yang mana permainan VR “Marvel’s Avengers: Rocket’s Rescue Run” boleh dimainkan menerusinya.

Screenshot 2019-01-10 at 10.35.16 AM

Prototaip permainan tersebut dibangunkan oleh Disney Games dan Interactive Experiences menggunakan set kepala Oculus Rift yang bersambungan dengan sistem audio Audi e-tron.

Permainan VR itu menunjukkan Rocket perlu mengelak asteroid dalam misi menyelamat seseorang. Siapakah karakter yang ingin diselamatkan?

Sejak dari itu, satu spekulasi mula timbul menambah kepada teori sedia ada, Rocket mungkin datang menyelamat Tony Stark.

Berdasarkan trailer Avengers: Endgame, kita mengetahui bahawa Tony Stark masih terdampar diruang angkasa meninggalkan Titan menggunakan kapal angkasa Benatar milik Guardians of Galaxy ditemani oleh Nebula.

Sementara itu, Rocket, satu-satunya Guardian yang terselamat dari petikan jari Thanos di bumi, mungkin akan melakukan apa sahaja untuk menjejak mana-mana ahli dengan harapan mereka masih selamat.

Anda peminat siri Marvel ini? Kongsikan pendapat anda tentangnya

Sumber: Comicbook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY