Asus Zenfone Max Pro M2 Tidak Akan Mempunyai Tiga Kamera Seperti Didakwa

Semalam pihak kami ada melaporkan mengenai pelancaran Asus Zenfone Max Pro M2 pada 11 Disember ini. Dalam kiriman tersebut, kami ada menyatakan salah satu ciri pada peranti ini adalah ia bakal hadir dengan tri-kamera utama.

Bagaimanapun, laporan berkenaan ternyata meleset apabila Zenfone Max Pro M2 dikatakan hanya akan hadir dengan sistem dwi-kamera sahaja. Perkara ini merujuk kepada satu kiriman video hands-onĀ eksklusif bagi peranti tersebut yang dibuat oleh Androideo di YouTube, semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=RcMGYcDVunE

Kekeliruan ini terjadi apabila laman Twitter Asus Indonesia telah mengirimkan satu imej yang memaparkan sistem kamera peranti ini seakan-akan mempunyai tiga lensa. Ternyata, lensa yang terpotong pada gambar hanya merupakan panel LED flash sahaja.

https://twitter.com/ASUS_Indonesia/status/1065225593405419522

Generasi kedua Max Pro ini menjanjikan pengalaman bermain yang lebih baik berbanding generasinya yang terdahulu. Maka, pemerhati menjangkakan ia akan dilengkapi dengan sistem cip yang lebih baik, Snapdragon 660 sekurang-kurangnya.

Asus masih mengekalkan bateri berkapasiti besar 5,000mAh manakala lensa 13MP + 5MP akan digunakan sebagai kamera utama dan 13MP bagi kamera hadapannya.

Peranti ini juga dilaporkan akan hadir dengan sistem Android tulen, namun bukan dibawah program Android One. Ia akan dilancarkan pada 11 Disember ini dan dijangka Asus akan memperkenalkan lebih daripada satu variasi untuk ditawarkan kepada pengguna.

 

Sumber : MySmartPrice