ASUS XooGD juga bakal dibina menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat namun info terperinci tentang telefon ini iaitu dari segi harga dan spesifikasi rasmi masih lagi samar-samar. Mengikut laporan yang boleh dipercayai, ASUS XooGD ini bakal memiliki paparan skrin HD 5.2 inci 9720x1280 pixel. Telefon pintar ini akan dikuasai oleh cip pemproses MediaTEk MT6750 1.5GHz Octa-Core.
Antara info lain yang tertiris adalah seperti telefon ini didatangkan dengan pilihan RAM dan saiz storan dalaman iaitu pilihan 2GB/16GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB. Ketiga-tiga variasi ini dikatakan mempunyai pilihan storan yang boleh diubahsuai dengan slot kad MicroSD.
Dari segi sensor kamera pulam ASUS XooGD dilihat memiliki 13-Megapixel kamera belakang, disesuaikan dengan flash dwi-tona LED manakala kamera depan dengan 8-Megapixel. Ianya mempunyai ukuran badan 149.5x73.7x8.85 mm dan mempunyai berat 169.5 gram. Selain daripada itu, peranti ini juga mempamerkan fungsi pengimbas cap jari pada butang Home dan dikhabarkan hadir dengan pilihan warna Luxury Gold, Black, dan Rose Gold.
Sumber: Gadget 360, TechJungle
Berkaitan
- Aplikasi TikTok Disekat Di India, Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun
- Pokemon GO - Warga Emas 70 Tahun Buru 45 Juta Pokemon Guna 24 Telefon Berbeza
- Rubber Wrestling - Imbas Nostalgia Lawan Pemadam Menggunakan Telefon Pintar Anda
- "Turunkan Harga Perkhidmatan Internet Sebelum 31 Ogos, Atau Bakal Dikenakan Tindakan" - Menteri Komunikasi & Multimedia
- Alibaba Menawarkan Teknologi New Retail Pada Kedai Taobao Terbesar Di Malaysia
- Samsung Juga Bakal Hadir Dengan Aksesori Tambahan DeX Station Pada 29 March Ini
- Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas
- GrabDurian Kembali - Nikmati Durian Musang King Serendah RM 8 Hujung Minggu Ini
- Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710
- Kualiti Zoom Huawei P30 Pro Diuji Pada Perkahwinan Fasha Sandha, Pamer Kualiti Menakjubkan