Bagaimanapun, laporan berkenaan ternyata meleset apabila Zenfone Max Pro M2 dikatakan hanya akan hadir dengan sistem dwi-kamera sahaja. Perkara ini merujuk kepada satu kiriman video hands-onĀ eksklusif bagi peranti tersebut yang dibuat oleh Androideo di YouTube, semalam.
https://www.youtube.com/watch?v=RcMGYcDVunE
Kekeliruan ini terjadi apabila laman Twitter Asus Indonesia telah mengirimkan satu imej yang memaparkan sistem kamera peranti ini seakan-akan mempunyai tiga lensa. Ternyata, lensa yang terpotong pada gambar hanya merupakan panel LED flash sahaja.
https://twitter.com/ASUS_Indonesia/status/1065225593405419522
Generasi kedua Max Pro ini menjanjikan pengalaman bermain yang lebih baik berbanding generasinya yang terdahulu. Maka, pemerhati menjangkakan ia akan dilengkapi dengan sistem cip yang lebih baik, Snapdragon 660 sekurang-kurangnya.
Asus masih mengekalkan bateri berkapasiti besar 5,000mAh manakala lensa 13MP + 5MP akan digunakan sebagai kamera utama dan 13MP bagi kamera hadapannya.
Peranti ini juga dilaporkan akan hadir dengan sistem Android tulen, namun bukan dibawah program Android One. Ia akan dilancarkan pada 11 Disember ini dan dijangka Asus akan memperkenalkan lebih daripada satu variasi untuk ditawarkan kepada pengguna.
Sumber : MySmartPrice
Berkaitan
- Maxis Hadir Dengan Telefon Pintar Mereka Sendiri Next M1 Bersama Bayaran Bulanan Serendah RM78
- Rabak Kotak - OPPO F11 Pro
- Sony PS4 Pro Diberi Kemaskini Pemain Media Dengan Sokongan Video 4K
- Xiaomi Mi 6S - Peranti Pertama Xiaomi Dengan Android Pie Muncul Secara Tiba-Tiba Di Laman Geekbench
- Asus ROG Strix SCAR II - Miliki Semua Yang Anda Mahu Pada Sebuah Laptop Gaming
- Sambutan Ulangtahun ke-7 Lazada, Dapatkan Pelbagai Barangan ASUS Pada Harga Menarik
- Kenapa Ramai Pengguna Sosial Meletakkan Gambar Profil Berwarna Biru? Ini Sebabnya
- Google Pixel Akan Menjadi Peranti Pertama Menerima Kemaskini Android O
- Pulangan Wang Penuh Dari Huawei Bagi Peranti Yang Gagal Jalankan Aplikasi Android Di Filipina
- Asus Zenfone Max Pro M2 Mungkin Tidak Menunggu Lama Untuk Tiba Ke Malaysia