Ketika ini versi Pro sahaja yang sudah berlegar-legar dipasaran tempatan sementara Max M2 bakal tiba pada 11 Januari depan.
Mengutip laporan daripada GSMArena, kedua-dua peranti sudah mula menerima kemaskini perisian yang lebih memfokuskan terhadap penambaikan penggunaan kamera.
Difahamkan, Max Pro M2 akan didatangkan dengan kemaskini antaramuka kamera dan memperbaiki pengurangan bunyi Radio FM. Turut diramalkan adalah ciri AI baru untuk peranti.
Bagi versi Max M2 pula, ia dikatakan akan mendapat sokongan EIS untuk kamera swafoto selari dengan janji Asus semasa upacara pengenalan peranti. Selain meningkatkan prestasi kamera, kemaskini juga membawakan patch sekuriti bagi bulan Disember.
Kemaskini akan ditawarkan secara OTA dan dilepaskan secara berperingkat dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk anda terima. Unit Max Pro M2 ditangan kami masih lagi berjalan dengan patch sekuriti bulan Oktober.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- Xiaomi Mi Mix 3 Harga Bawah RM2500 Hadir Dipasaran Tempatan Januari Hadapan
- Telefon Pintar Dengan Ciri Projektor Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Boleh Dapatkan Garmin Pada Potongan Harga Sempena Promosi Bulan Merdeka
- OPPO Find X Edisi Lamborghini Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia
- Bocoran Harga Huawei P30 Dan P30 Pro Untuk Pasaran Eropah
- Huawei Mate 30 Pro Mungkin Tidak Akan Dilindungi Gorilla Glass
- Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949
- Mi Mix 2 Edisi Istimewa Kini Ditawarkan Di Malaysia
- Asus Zenfone Max Plus M1- Telefon Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9
- Five - Jenama Bahan Api Terbaharu Di Malaysia