Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik

Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik

Diterbitkan November 8, 2018 oleh Haikel Areff

Asus melalui siri Zenfone-nya telah beberapa kali mencetus sensasi pada tahun ini, antaranya kapasiti bateri gergasi yang ditawarkan pada Zenfone Max Pro M1 selain spesifikasi premium yang ada pada Zenfone 5z.

Mereka mungkin akan melakukannya sekali lagi pada tahun hadapan. Ini kerana bebarapa imej yang dikatakan model Asus Zenfone 6 dengan rekaan takuk pelik telah tersebar baru-baru ini.

Menurut laporan dari laman teknologi dari Itali HDBlog.it, takuk pada model ini terletak berhampiran kawasan bucu kanan panel paparannya.

Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik
Kredit: HDBlog.it
Asus Zenfone 6(2019) Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Pelik
Kredit: HDBlog.it

Walaubagaimanapun, ia dikatakan masih lagi berada di tahap prototaip dan Zenfone 6 tidak semestinya akan dengan rekaan berkenaan secara rasmi kelak.

Sumber turut melaporkan bahawa peranti ini akan diperkenalkan semasa MWC 2019 yang bakal diadakan di Barcelona, Februari tahun depan.

Namun, sekiranya laporan ini tepat, ia pastinya sedikit mengecewakan untuk peminat Asus memandangkan pembangun-pembangun lain kini dilihat sedang giat mencari jalan untuk membuang rekaan takuk pada model keluaran mereka.

 

Sumber: HDBlog.it Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY