Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zenfone 10 leak 4 2

ASUS Zenfone 10 – Mungkin Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan

Diterbitkan Jun 20, 2023 · Dikemas kini Jun 21, 2023 oleh Firdaus

Zenfone 8 adalah siri peranti terakhir daripada ASUS yang memasuki pasaran Malaysia. Hal ini demikian kerana Zenfone 9 yang dilancarkan pada tahun lepas tidak tersedia untuk pasaran kita.

Walau bagaimanapun, Zenfone 10 akan dilancarkan pada hujung bulan, 29 Jun ini. Dan berikut adalah apa yang telah kita ketahui setakat ini.

Spesifikasi Zenfone 10

Menerusi laman sesawang ASUS, mereka telah mengesahkan beberapa perkara. Antaranya, Zenfone 10 akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin berukuran 5.9″, dan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Walaupun tidak banyak yang kita tahu setakat ini, spesifikasi di atas adalah pasti. Selain itu, Zenfone 10 mungkin akan kekalkan ciri penarafan IP67 dan bicu audio 3.5mm.

Rekaan Zenfone 10

Seperti model-model terdahulu, kita dapat tahu Zenfone 10 akan hadir dalam saiz kompak yang mesra penggunaan satu tangan.

ASUS Zenfone 10 color options Evan Blass

Mengikut laporan, peranti ini akan hadir dalam rekaan skrin rata, bingkai sisi yang rata dan bucu yang melengkung. Zenfone 10 dilapor memiliki rekaan kamera punch-hole di bahagian atas kanan skrinnya.

Harga dan Ketersediaan

ASUS Zenfone 10 – Mungkin Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan

ASUS telah sahkan Zenfone 10 akan hadir pada 29 Jun ini untuk pasaran global. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kepastian akan kehadiran peranti ini untuk pasaran tempatan.

Untuk harga, kami mempunyai sumber yang boleh dipercayai di mana harga Zenfone 10 mungkin bermula pada USD799 (~RM3697.37).

Disebabkan itu ia adalah peranti berkelas andalan, jadi tidak salah untuk menjangkakan harganya sekitar RM3,599 dan ke atas. Sama sama kita nantikan kehadiran Zenfone 10 pada hujung Jun ini.

Berkaitan

  • Xiaomi 13 Ultra Dengan Kamera Leica Berharga RM5199
  • Siri Samsung Galaxy Watch 6 Mungkin Akan Lebih Mahal
  • Suzuki Bersama SkyDrive Akan Keluarkan 'Kereta Terbang' Pada 2024
  • Pengesahan Transaksi Bank Islam Kini Hanya Melalui GO Secure
  • Bloomberg: Google Cari Pembekal Untuk Pindahkan Beberapa Pengeluaran Pixel Ke India

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY