Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skydrive suzuki kereta terbang 3

Suzuki Bersama SkyDrive Akan Keluarkan ‘Kereta Terbang’ Pada 2024

Diterbitkan Jun 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Suzuki menandatangani perjanjian dengan Skydrive untuk mencipta ‘kereta terbang’ atau eVTOL dengan 3 tempat duduk.

Suzuki Bersama SkyDrive Akan Keluarkan ‘Kereta Terbang’ Pada 2024

eVTOL ialah singkatan pada electrical vertical take-off and landing yang merujuk pada kenderaan yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak (vertikal) dengan kuasa elektrik serta swapandu sepenuhnya (fully autonomous).

skydrive suzuki kereta terbang 3

Selalunya, kenderaan ini mempunyai rekaan seperti helikopter, bukannya sebiji seperti kereta biasa. Melalui model-model ditunjuk Skydrive di laman webnya, rekaannya juga tidak jauh beza dengan helikopter.

skydrive suzuki kereta terbang 3

Mereka akan menggunakan kilang Suzuki di Jepun dan pengeluarannya akan bermula pada musim bunga 2024 iaitu sekitar Mac.

skydrive suzuki kereta terbang 3

SkyDrive akan menubuhkan sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya olehnya untuk membuat kenderaan ini manakala Suzuki akan menyumbang dari segi pengeluaran serta pengambilan pekerja.

Berkaitan

  • Pembangunan Kereta Terbang, UniMAP Sedia Kongsi Kepakaran Yang Dimiliki
  • Olimpik Paris 2024 Mungkin Menawarkan Pengangkutan Teksi Terbang Pada Pengunjungnya
  • Kereta Terbang Pertama Negara Akan Diuji Pada Khamis Ini
  • Airbus Mendedahkan Kereta Terbang Generasi Terbaru CityAirbus NextGen
  • AirAsia Bekerjasama Dengan Syarikat UK Untuk Teksi Udara Di Malaysia
  • Kereta Terbang X2 Buat Penerbangan Awam Pertama Di Dubai

Pada Mac 2022, kedua-dua syarikat sudah menandatangani persetujuan untuk penyelidikan, pembangunan dan pemasaran ‘kereta terbang’.

Di Malaysia, AirAsia dijangka akan menerima teksi terbang daripada Avalon seawal 2025.

Sumber: SkyDrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY