Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ecg samsung galaxy watch 5 (4)

Siri Samsung Galaxy Watch 6 Mungkin Akan Lebih Mahal

Diterbitkan Jun 20, 2023 · Dikemas kini Jun 21, 2023 oleh Firdaus

Acara Galaxy Unpacked daripada Samsung bakal menemui kita pada Julai depan. Salah satu produk Samsung yang dijangka akan hadir dalam acara tersebut adalah siri Watch 6.

Galaxy Tab S9

Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan harga siri Galaxy Watch 6 akan dinaikkan berbanding siri terdahulu.

Sebuah stor Dealabs Magazine di Perancis mendakwa mereka telah mendapatkan harga rasmi bagi siri Galaxy Watch 6 itu.

Mengikut mereka, Galaxy Watch 6 versi bluetooth 40mm akan dijual pada harga  €319.99 (~RM1623.13) dan €369.99 (~RM1876.75) untuk versi 4G 40mm.

Bagi model 44mm, kedua-dua versi bluetooth dan 4G masing-masing akan dijual pada harga €349.99 (~RM1775.30) dan €399.99 (~RM2028.93).

Samsung Galaxy Watch 6 Press Render Leak Hero

Selain itu, versi 4G dan bluetooth bagi model 43mm dijual pada harga jauh lebih mahal, €419.99 (~RM2130.37) dan €469.99 (~RM2384.00).

Yang terakhir, model 47mm dijual pada harga yang jauh lebih mahal, €449.99 (~RM2282.55) dan €499.99 (~RM2536.17) untuk kedua-dua model.

Walau bagaimanapun, ingin saya ingatkan bahawa ini adalah khabar angin sahaja. Harga sebenar berkemungkinan besar akan berbeza apabila ia dilancarkan kelak.

Sama-sama kita nantikan dalam acara Galaxy Unpacked pada Julai depan.

Berkaitan

  • Netflix Tayang 'Teaser' Rasmi Siri Aksi Sebenar "Avatar: The Last Airbender"
  • YouTube Uji "1080p Premium" Pada Telefon Android Dan Google TV
  • Xiaomi 13 Ultra Dengan Kamera Leica Berharga RM5199
  • Telco Bakal Umum Berita Gembira Berkaitan 5G Hujung Bulan Ini - Fahmi
  • Suzuki Bersama SkyDrive Akan Keluarkan 'Kereta Terbang' Pada 2024

Sumber: Android Authority

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY