Xiaomi 13 Ultra Dengan Kamera Leica Berharga RM5199

Xiaomi 13 Ultra dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini untuk RM5199. Antara ciri menarik pastinya penggunaan sensor 1 inci.



Telefon ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan padanan RAM 12GB bersama ROM 512GB.



Ia tampil dengan skrin 6.73” AMOLED LTPO dengan resolusi WQHD+ dan kadar segar 120Hz. Ia mempunyai puncak kecerahan sehingga 2600 nit.



Kamera utamanya ialah 50MP dan ia menggunakan sensor 1 inci IMX 989. Lensa digunakan ialah LEICA VARIO-SUMMICRON 1:1.8-3.0/12-120 ASPH.

Xiaomi 13 Ultra

Tiga kamera lain ialah seperti di bawah.

  • 50MP sudut lebar 122°, f/1.8, IMX858

  • 50MP telefoto, f/1.8,  IMX858

  • 50MP super-telefoto, f/3.0, IMX858


Kamera swafoto pula 32MP.

Xiaomi 13 Ultra

Seperti biasa, ia hadir dengan ciri atau mod Leica Authentic Look, Leica Vibrant Look dan Leica Customized Photographic Styles.

Xiaomi 13 Ultra

Baterinya sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan sepantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk audio, ia hadir dengan Dolby Atmos. Selain itu, perlindungan IP68 juga disertakan bersama sebagai ciri tambahan.

Xiaomi 13 Ultra

Xiaomi 13 Ultra menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Dua warna tersedia hitam dan hijau. Spesifikasi lanjut ada di laman web Xiaomi Malaysia.

xiaomi 13 ultra harga


Anda boleh pratempah mulai 23 Jun hingga 29 Jun 2023 melalui laman web Xiaomi Malaysia.

Sumber: Xiaomi Malaysia