Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus zenbook 13 14

ASUS ZenBook 13/14 Terbaharu Dengan Cip Intel Gen-10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Julai 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Varian terbaharu ASUS ZenBook 13 (UX325) dan ZenBook 14 (UX425) akan hadir untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia merupakan kategori komputer riba jenis ultrabook dengan berat 1.07KG/1.13KG dan juga dimuatkan dengan cip Intel Core Gen-10.

asus zenbook 13 14

Kedua-duanya merupakan laptop dengan panel 1080p di mana ZenBook 13 dilengkapi dengan skrin 13.3 inci manakala ZenBook 14 adalah 14 inci. Keseluruhan fizikal kedua-dua laptop adalah premium diperbuat dari aloi aluminium dan datang dalam 2 pilihan warna iaitu Lilac Mist dan Pine Grey.

asus zenbook 13 14

Untuk spesifikasi, akan terdapat pilihan sehingga Intel Core i7 1065G7, grafik Iris Plus atau Intel UHD, RAM sehingga 8GB LPDDR4X 3200Mhz dan storan dalaman sehingga 512GB PCIe SSD.

asus zenbook 13 14

Antara ciri menarik komputer riba ini adalah bukaan Ergolift pada engsel, NumberPad 2.0, sokongan Windows Hello melalui kamera web inframerah, Wi-Fi 6 dan juga bateri berkapasiti 67Wh. Menurut ASUS, bateri tersebut mampu bertahan sehingga 22 jam lamanya.

Screenshot (20)

Dari segi I/O, ZenBook 13 dan ZenBook 14 menawarkan 2x Thunderbolt Type-C, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x HDMI, dan 1x slot microSD.

asus zenbook 13 14

Tarikh pelancaran kedua-dua ini belum dinyatakan secara spesifik. Tetapi akan diumumkan sekitar hujung bulan Julai ini. Untuk harga jualan, kita hanya boleh mengetahuinya seusai pelancarannya kelak.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY