Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Umum TUF Dash A15 Dengan CPU i7-11375H, RTX 3070, Dan Paparan 240Hz

ASUS Umum TUF Dash A15 Dengan CPU i7-11375H, RTX 3070, Dan Paparan 240Hz

Diterbitkan Januari 13, 2021 oleh Meor Hasyim

Siri The Ultimate Force (TUF) dalam jenama ASUS adalah merupakan kategori komputer riba yang menyediakan penawaran mampu milik. Namun kebanyakan komputer riba TUF mempunyai rekaan yang besar, berat dan tebal.

ASUS kini telah memperkenalkan TUF Dash A15, rekaan yang lebih nipis dan ringan untuk siri TUF. Ia hadir dengan perkakas dan komponen baharu Intel i7-11375H dan juga GPU RTX 3070 dalam pakej nipis 19.9mm dan berat 2kg.

ID colors

TUF Dash ini juga secara ringkasnya merupakan edisi komputer riba gaming TUF namun dengan CPU dari Intel.

ASUS TUF Dash A15 merupakan komputer riba 15.6 inci FHD dengan sokongan kadar segar semula setinggi 240Hz yang menyokong 100% sRGB.

Terdapat 3 cip pilihan sama ada i7-11375H, i7-11370H, atau i7-11300H yang mana kesemuanya merupakan cip terkini diumumkan intel.

ASUS Umum TUF Dash A15 Dengan CPU i7-11375H, RTX 3070, Dan Paparan 240Hz

Kad grafik pula ada 2 pilihan iaitu RTX 3060 6GB atau RTX 3070 8GB. Dari segi memori, ia menyokong sehingga 32GB DDR4 3,200MHz manakala storan dari 2 slot M.2 SSD NVMe Pcie sehingga 1TB.

 

ASUS Umum TUF Dash A15 Dengan CPU i7-11375H, RTX 3070, Dan Paparan 240Hz

Bateri yang disertakan adalah 76Wh yang agak besar dan mampu bertahan sehingga 16.6 jam.

Buat masa ini, ASUS belum lagi mengumumkan harga pasaran dan juga tarikh jualan TUF Dash A15 ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY