Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-22T091553.369

ASUS TUF Gaming F16 Boleh Dimiliki Pada Harga RM5,999

Diterbitkan Januari 22, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas pelancarannya diumumkan dalam acara CES 2024 yang lepas, komputer riba gaming ASUS TUF Gaming F16 kini telah disahkan pihak ASUS Malaysia bagi ketersediaannya di Malaysia.

Screenshot 2024-01-22 091935

TUF Gaming F16 dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i7 Gen-13 dengan sokongan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 atau RTX 4050.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dua slot memori RAM DDR5 dan dua slot kad SSD 2TB PCIe 4.0 untuk storan.

Paparan skrin yang digunakan adalah bersaiz 16 inci dengan resolusi 2.5K pada kadar segar semula 165Hz serta dilengkapi teknologi G-SYNC untuk kadar tindak balas 3ms.

TUF Series one pager-F16

Komputer riba ini menggunakan sistem penyejukan Arc Flow Fans dengan gabungan lima paip haba tembaga bagi penggunaan yang berpanjangan.

Ia juga dilengkapi dengan bateri 90Wh serta pengecasan pantas sehingga 100W daripada sambungan USB-C.

Dengan dua pilihan warna, iaitu Jaeger Gray dan Mecha Gray, ASUS TUF Gaming F16 ini akan tersedia pada harga serendah RM5,999 bagi GPU NVIDIA GeForce RTX 4050 dan RM6,299 untuk NVIDIA GeForce RTX 4060.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian bermula 24 Januari 2024 menerusi laman web rasmi ASUS Malaysia.

Beli komputer riba Asus di:

Shopee – https://invl.io/clkm8sj

Lazada – https://invol.co/clkm8se

Berkaitan

  • Kalau Anda Pengguna Google Chrome, Anda Patut Tahu Ciri Ini
  • OneXPlayer X1, Konsol Mudah Alih Dengan Paparan Skrin Terbesar Di Dunia
  • 'Laptop Gaming' ASUS ROG Dengan Skrin Nebula Display Kini Tiba Di Malaysia
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'People Nearby' Untuk Perkongsian Fail

Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY