Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-19T164531.416

‘Laptop Gaming’ ASUS ROG Dengan Skrin Nebula Display Kini Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Januari 22, 2024 oleh Muhd Idham

Pada awal tahun 2024 yang lalu, ASUS Repulic of Gamers (ROG) telah melancarkan beberapa komputer riba gaming yang terdiri daripada siri Zephyrus, Strix SCAR dan Strix.

Namun kini, ASUS Malaysia akan membawa masuk siri model yang terpilih daripada barisan yang dilancarkan secara berperingkat ke dalam pasaran tempatan.

ROG Zephyrus G16

Zephyrus G16_grey_04_L_rgb

Model pertama adalah ROG Zephyrus G16 yang akan tersedia dengan pilihan cip Intel Core Ultra 9 dan Intel Core Ultra 7.

Sama untuk GPU, ia juga akan tersedia dengan beberapa pilihan iaitu NVIDIA GeForce RTX 4080, RTX 4070 dan RTX 4060.

Komputer riba ini akan dilengkapi dengan memori konfigurasi 32GB RAM LPDDR5X dan 1TB storan.

Namun, jenis skrin yang digunakan adalah sama, iaitu ROG Nebula Display bersaiz 16 inci dengan kadar segar semula 240Hz tetapi versi Intel Core Ultra 9 akan menggunakan panel OLED. Manakala versi Intel Core Ultra 7 akan menggunakan panel IPS.

Harga dan ketersediaan ROG Zephyrus G16 ini untuk pembelian adalah seperti di bawah.

1 Zephyrus

ROG Strix SCAR 18/16

05_2024 Strix SCAR 18 Off center shot of the front of the Strix SCAR 18, with the ROG Fearless Eye logo on screen (1)
ROG Strix SCAR 18

Bagi model ROG Strix SCAR pula, ia akan tersedia dalam dua model iaitu SCAR 18 dan SCAR 16 yang kedua-duanya dikuasakan dengan cip Intel Core i9.

Namun begitu, kad grafik bagi Strix SCAR 18 adalah NVIDIA GeForce RTX 4090 manakala Strix SCAR 16 akan menggunakan NVIDIA GeForce RTX 4080.

Kapasiti storan adalah sama bagi kedua-dua model iaitu 1TB tetapi Strix SCAR 18 dilengkapi dengan 64GB RAM DDR5 dan 32GB RAM DDR5 bagi Strix SCAR 16.

Kedua-dua model ini menggunakan skrin Nebula HDR Display Mini LED dengan kadar segar semula 240Hz.

Ketersediaan dan harga bagi ROG Strix SCAR 18 dan SCAR 16 telah dinyatakan dalam gambar di bawah.

2 Strix Scar

ROG Strix G18/G16

05_2024 Strix G18 Off center shot of the front of the Strix G18, with the ROG Fearless Eye logo on screen (1)
Strix G18
02_2024 Strix G16_ Shot of the Strix G16 with the with the lid open, with the ROG Fearless Eye logo on screen (1)
Strix G16

Bagi model ROG Strix ini, G18 dan G16 dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i9 dan ia akan disokong oleh pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080, RTX 4070 dan RTX 4060.

Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan 32GB RAM DDR5 dan 1TB storan.

Paparan skrinnya pula adalah ROG Nebula Display (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 240Hz.

Anda boleh rujuk harga dan spesifikasi bagi model ROG Strix G18 dan G16 ini berdasarkan gambar di bawah.

3 Strix

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk ASUS ROG di atas dan ketersediaannya di pasaran tempatan, sila layari laman web rasmi ASUS Malaysia.

Beli komputer riba Asus di:

Shopee – https://invl.io/clkm8sj

Lazada – https://invol.co/clkm8se

{suggest}

Sumber: Siaran Media ASUS ROG Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY