Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-17T124155.366

Kalau Anda Pengguna Google Chrome, Anda Patut Tahu Ciri Ini

Diterbitkan Januari 22, 2024 oleh Muhd Idham

Pada bulan-bulan terakhir tahun 2023, Google telah membuat kemas kini terhadap pelayar Chrome mereka yang menawarkan beberapa ciri bagi memudahkan setiap aktiviti penggunanya.

Ciri ‘Group Tab’

Untuk melakukan ciri ini, anda hanya memerlukan kuota minimum sebanyak satu tab sahaja dan right-click pada tab yang anda mahu serta pilih ‘Add tab to new group‘.

Seterusnya, anda akan dipaparkan dengan pop-up Group Tab yang menyediakan ruang nama untuk kumpulan tab dan pilihan warna bagi ikon kumpulan tersebut.

Berdasarkan video di bawah, anda akan dapat lihat di mana tab-tab yang dikumpulkan dalam sesutau kumpulan itu akan mengemaskan lagi halaman Google Chrome anda.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/01/Tips-Chrome-2.mp4

Ciri kawalan audio dan video

Bagi anda yang sering mendengar lagu di YouTube melalui tab berbeza, anda mampu untuk menjedanya (pause) dengan menekan ikon tiga garis bersama not muzik di bahagian atas kanan halaman Google Chrome.

Jika YouTube anda berada dalam mod playlist, anda juga dibekalkan dengan butang seterusnya dan kembali bagi memilih lagu yang diingini.

Screenshot 2024-01-17 113945

Ciri ini bukan sahaja terhad kepada YouTube, tetapi mana-mana laman web yang menawarkan khidmat paparan video dan audio seperti Netflix, Crunchyroll dan lain-lain.

Berkaitan

  • Buat Kali Pertama Apple Tewaskan Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Global
  • Cara Mudah Muat Turun Gambar Terus Kepada Format Yang Diinginkan Pada Chrome
  • YouTube Jadi Perlahan? Cuba 2 'Adblock' Alternatif Ini
  • Xiaomi Daftarkan Tanda Dagang 'Gigafactory' Dan 'Hyperfactory'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY