CES 2024 - Komputer Riba ASUS TUF Gaming Kini Dilengkapi Skrin 2.5k 165Hz

Memandangkan acara CES 2024 telah tiba, ASUS kini mengumumkan kehadiran barisan komputer riba gaming terbaru dari siri TUF Gaming iaitu ASUS TUF Gaming F16, A16 dan A15 yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada 19 Januari 2024 ini.

ASUS TUF Gaming F16




Untuk model F16 ini, ASUS menawarkan penggunaan cip pemprosesan Intel Core i7 Gen 13 dengan GPU NVIDIA RTX 4060.

Selain itu, komputer riba gaming ini dilengkapi dengan dua slot memori RAM DDR5-5600MHz dan dua slot kad SSD 2TB PCIe 4.0.



TUF Gaming F16 ini juga menyokong pengecasan pantas 90Wh serta pengecasan 100W untuk sambungan USB Jenis C.

Paparan skrin yang digunakan pula adalah skrin 16 inci dengan resolusi 2.5K serta kadar segar semula 165Hz dan kadar tindak balas 3ms.

Untuk penggunaan yang berpanjangan, F16 menggunakan sistem penyejukan 84 bilah kipas daripada Arc Flow Fans dan 4 saluran aliran haba.

ASUS TUF Gaming F16 ini juga hadir dalam dua pilihan warna iaitu Jaeger Gray dan Mecha Gray.

ASUS TUF Gaming A16




Bagi model A16 pula, ia menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 9 7845HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 serta dilengkapi dengan dua saluran RAM DDR5-5200MHz dan dua slot storan SSD 2TB PCIe Gen 4.

Untuk pengecasan, komputer riba ini dimuatkan bateri 90Wh dan menyokong pengecasan pantas jenis USB-C 100W.

Sama seperti model F16, A16 juga dilengkapi dengan paparan skrin 16 inci dengan resolusi 2.5K pada kadar segar semula 165Hz dan mempunyai kadar tindak balas 3ms.

Bagi sistem penyejukan juga sama dilengkapi dengan Arc Flow Fans 84 bilah dan 4 saluran aliran haba.



{suggest}

ASUS TUF Gaming A15




Komputer riba model TUF Gaming A15 ini dilengkapi cip pemprosesan AMD Ryzen 9 8945H dengan sokongan Ryzen AI serta GPU NVIDIA GeForceRTX 4070.

Selain itu, A15 mempunyai dua slot RAM DDR5-5600Mhz dan dua slot storan SSD 2TB PCIe 4.0.



Untuk paparan skrin, ia menggunakan skrin 2.5K dengan kadar segar semula 165Hz dan kadar tindak balas 3ms. Dengan penerimaan sokongan daripada NVIDIA G-SYNC, pengguna dapat merasai kualiti output pada skrin dengan lebih lancar.

TUF Gaming A15 juga dilengkapi dengan bateri 90Wh serta pengecasan 100W untuk sambungan jenis USB-C

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan terbaru TUF Gaming, sila layari pautan rasmi ASUS.

Sumber: Siaran Media ASUS