Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-18T165846.080

OneXPlayer X1, Konsol Mudah Alih Dengan Paparan Skrin Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Januari 22, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, syarikat One-Netbook telah melancarkan sebuah peranti konsol mudah alih yang dikatakan mempunyai saiz paparan skrin terbesar di dunia bagi sesebuah peranti mudah alih yang dikenali sebagai OneXPlayer X1 3-in-1 PC.

Untuk pengetahuan anda, One-Netbook merupakan syarikat elektronik yang berpusat di Shenzhen, China dan memfokuskan pembuatan komputer riba mini yang salah satunya dikenali sebagai OneMIX.

OneXPlayer X1 3-in-1 PC

Screenshot 2024-01-19 091901

Paparan skrin yang digunakan merupakan skrin jenis LTPS (2560 x 1600) bersaiz 10.95 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Konsol mudah alih ini juga hadir dengan dua pilihan  cip pemprosesan Intel Core Ultra 5 125H dan Intel Core Ultra 7 155H serta disokong oleh GPU Intel Arc Xe.

Ia juga digandingkan bersama dwi-saluran memori konfigurasi RAM LPDDR5X dengan pilihan 16GB, 32GB dan 64GB serta pilihan storan 1TB, 2TB dan 4TB PCIe 4.0.

Berkaitan

  • Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Dan Pascabayar Baharu
  • 2 Universiti Capai Transaksi Tanpa Tunai Per Kapita Tertinggi Tahun 2023
  • AMD Tawar Harga Promosi Untuk Barisan Kad Grafik Terpilih
  • WhatsApp Channel Kelak Boleh Pindah Milik

Baterinya pula adalah 16,890mAh dan disokong pengecasan 100W  dengan anggaran penggunaan berterusan selama 11 jam.

Screenshot 2024-01-19 090436

Antara keistimewaan yang ditonjolkan konsol mudah alih ini adalah ciri 3 dalam 1 yang membolehkannya berubah menjadi komputer riba mini dengan papan kekunci wayarles serta joystick yang boleh ditanggal.

Harga yang ditetapkan bagi OneXPlayer X1 3-in-1 PC ini adalah seperti di bawah dengan papan kekunci dan joystick yang dijual secara berasingan.

  • Intel Core Ultra 5 + 16GB RAM + 1TB = CNY6,599 (~RM4,372.61)
  • Intel Core Ultra 7 + 32GB RAM + 1TB = CNY7,899 (~RM5,234.01)
  • Intel Core Ultra 7 + 32GB RAM + 2TB = CNY8,399 (~RM5,565.32)
  • Intel Core Ultra 7 + 64GB RAM + 4TB = CNY10,599 (~RM7,023.08)
  • Papan kekunci wayarles = CNY399 (~RM264.38)
  • Kayu bedik = CNY399 (~RM264.38)

Sumber: ITHome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY