Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asus ROG Ally

ASUS Sahkan Isu Pembaca Kad MikroSD ROG Ally

Diterbitkan Julai 13, 2023 · Dikemas kini Julai 13, 2023 oleh Amalina Athman

ASUS kini mengesahkan konsol mudah alih ROG Ally mempunyai masalah dengan pembaca kad mikroSD. Perkara ini dimaklumkan setelah sejumlah pengguna mengadu mengenai isu tersebut.

Berkaitan

  • ASUS ROG Ally Berharga RM3299 Di Malaysia, Boleh Beli Mulai Hari Ini

Melalui Discord, wakil syarikat itu mendedahkan bahawa pembaca kad ROG Ally sememangnya mempunyai masalah. Menurutnya,

After confirmation from internal testing, under certain thermal stress conditions the SD card reader may malfunction.

Dalam erti kata lain, pembaca kad mikroSD gagal berfungsi apabila konsol menjadi panas.

Bagi menangani masalah itu, ASUS akan mengeluarkan kemas kini untuk memperhalusi dan meningkatkan kelajuan kipas bagi memastikan pembaca kad mikroSD dalam keadaan sejuk, serta dalam masa yang sama mengawal bunyi kipas.

Selain itu, wakil ASUS berkata pengguna yang terkesan dengan isu tersebut juga boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan berhampiran, di mana pihaknya akan menjalankan pemeriksaan lanjut dan baik pulih.

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY