ASUS ROG Phone Dapat Potongan Harga Sebanyak RM1000 Untuk Tempoh Masa Terhad

Telefon pintar memfokuskan kepada permainan mudah alih, ASUS ROG Phone sudah ditawarkan di Malaysia secara rasmi sejak Oktober tahun lalu lagi.



Diawal penjualan peranti ini untuk pasaran tempatan, ia diletakkan pada nilai RM3499 untuk versi storan 128GB manakala storan 256GB pula berharga RM3999.



Kini, ASUS Malaysia menerusi jualan di Asus Flagship Store (LazMall) akan mengadakan promosi dimana ASUS ROG Phone akan mendapat potongan harga sebanyak RM1000 pada 16 Mei 2019 sahaja.

  • 8GB RAM + 128GB  RM2,499 (Harga asal: RM3,499)

  • 8GB RAM + 512GB ➡  RM2,999 (Harga asal: RM3,999) 




Pembeli juga turut berpeluang untuk memiliki GameVice for ROG Phone secara percuma (untuk 20 pembeli terawal sahaja).

https://www.youtube.com/watch?v=dKLlHWbwZEg

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ASUS ROG Phone pada harga diskaun ini, boleh layari Asus Flagship Store (LazMall) pada 16 Mei 2019.