ASUS ROG Phone 3 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999

ASUS Malaysia kini secara rasmi telah mengumumkan ROG Phone 3 untuk pasaran tempatan.

ASUS ROG Phone 3 Malaysia

ROG Phone 3 hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 865+. Ia dilengkapi skrin paparan 6.59 inci AMOLED dan menyokong kadar segar semula 144Hz. Dengan panel HDR10+ serta 10 bit, ia turut sesuai sebagai paparan untuk kandungan selain bermain permainan.



Dari segi memori, terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu 12GB/512GB dan 16GB/512GB. Ia dimuatkan dengan RAM dari jenis LPDDR5 serta UFS 3.1. Antara fungsi gaming khusus yang terdapat pada peranti ini termasuk AirTrigger 3, sistem penyejukan GameCool 3, dan mod prestasi X Mode.



Kapasiti bateri sebanyak 6000mAh dan pengecasan pantas 30W melalui USB-Power Delivery dimuatkan pada ROG Phone 3. Untuk kamera, ia didatangkan dengan 3 lensa – 64MP utama, 16MP makro, dan 13MP sudut lebar. Swafoto pula merupakan sensor 24MP.

harga ROG Phone 3 Malaysia

ASUS ROG Phone 3 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,799 untuk varian 12GB/512GB. Sementara, varian 16GB/512GB berharga RM4,499.

harga ROG Phone 3 Malaysia

Selain itu, ASUS Malaysia turut menawarkan varian ASUS ROG Phone 3 Strix Edition. Dengan menggunakan cip Snapdragon 865 serta RAM 8GB dan 256GB storan, ia diletakkan pada harga RM2,999.

harga ROG Phone 3 Malaysia

Setiap pembelian ROG Phone 3 atau ROG Phone 3 Strix Edition turut disertakan alat penyejuk AeroActive Cooler 3 dan Aero Case yang bernilai RM399.