ROG Phone 2 Strix Edition menawarkan Qualcomm Snapdragon 855+ dengan kelajuan sehingga 2.96GHz. Grafik adalah Adreno 640 GPU, dengan sistem penyejukan wap GameColl 2 3D bagi mengekalkan prestasi kelajuan penuh.
Peranti ini menampilkan paparan AMOLED 6.59 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai bateri 6000mAh dengan pengecasan HyperCharge 30W menggunakan kabel Type-C.
Untuk spesifikasi gaming khusys lain, peranti ini mempunyai sensor ultrasonik AirTrigger 2, teknologi Dual Surrounding Vibration, dan pembesar suara stereo yang lantang. Aksesori baru termasuk TwinView Dock 2 bagi permainan dwi-skrin, dan ROG Kunai Gamepad untuk pengalaman permainan seperti konsol.
ROG Phone 2 Strix Edition akan dijual mulai pertengahan Januari 2020 pada harga RM2,499 dengan pembelian termasuk ROG Phone 2 Aero Case dan Aero Active Cooler II.
Berkaitan
- Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya
- realme UI 2.0 Diumumkan - Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain
- Tonton Pelancaran OPPO Find X2 Dan Menangi OPPO Enco Q1 Bernilai RM399
- Google Perkenal Android 12 Developer Preview
- Siri Xiaomi 12T Bakal Dilancar Minggu Depan, Sah Akan Dilengkapi Sensor 200MP
- Perkhidmatan DuitNow Di Aplikasi MAE, M2U Akan Tergendala Sementara Sabtu Ini
- Google, Xiaomi, vivo Dan OPPO Dijangka Akan Lancar Telefon Boleh Lipat Pada 2021
- Harga PS5 Naik RM200 Di Malaysia, Sony Kata Ini Sebabnya
- iPhone 15 Pro Max Dijangka Akan Lebih Mahal
- iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin